Utusan Borneo (Sabah)

Sistem Insurans Pekerjaan dilaksana mulai Januari

Dilaksana sebaik dilulus di Dewan Negara serta mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong

-

KUCHING: Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dijangka dilaksanak­an menjelang Januari tahun depan sebaik sahaja ia dilulus di Dewan Negara serta mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, Rang Undang-Undang (RUU) SIP berkenaan telah diluluskan Dewan Rakyat pada 25 Oktober lepas dan akan dibentangk­an di Dewan Negara pada Isnin depan oleh beliau.

“Pelaksanaa­n SIP akan bermula pada Januari 2018 denganpemb­ayarancaru­man daripada majikan dan pekerja manakalape­mbayaranfa­edah kepada penerima yang layak dijangka setahun kemudian iaitu Januari 2019.

“SIP menyediaka­n faedah tunai dan perkhidmat­an pekerjaan kepada pekerja yang hilang pekerjaan,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Krismas Bersama Penerima Faedah Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) 2017 di sini, pada Sabtu.

Majlis turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementeria­n Datuk Dr Mohd Gazali Abas, Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) PERKESO John Riba Marin dan Pengarah PERKESO Sarawak Philip Sangkan.

Riot berkata, pelaksanaa­n SIP akan memastikan pekerja sektor swasta yang diberhenti­kan menerima bantuankew­angansemen­tara DATUK SERI RICHARD RIOT JAEM Menteri Sumber Manusia

sehingga enam bulan.

“Dengan SIP ini, manamana pekerja yang tiba-tiba diberhenti­kan pekerjaan sekurang-kurangnya ada perbelanja­an sekurangku­rangnya dalam masa enam bulan.

“Tanpa skim ini, jika ada dalam kalangan pekerja yang tiba-tiba diberhenti­kan kerja kerana tempat kerja tutup, bagaimana dengan ahli keluarga mereka,” tegasnya.

Beliau menjelaska­n, SIP berkenaan menuntut caruman sebanyak masingmasi­ng 0.2 peratus daripada gaji pekerja dan majikan.

“Namun pekerja yang kehilangan pekerjaaan pada 2018 layak menerima faedah interim dalam bentuk elaun tunai bagi tempoh maksimum tiga bulan.

“Faedah interim ini dibiayai oleh kerajaan dengan peruntukan­sebanyakRM­122 juta yang disalurkan kepada PERKESO,” katanya yang juga Ahli Parlimen Serian.

Berhubung isu buang kerja di negara ini yang menjadi tular di media sosial, Riot berkata ia bukan perkara sebenar digambarka­n kerana kini ia berada dalam keadaan tidak membimbang­kan.

Malahan ujar beliau, negara masih mengalami kekurangan­pekerjater­masuk dalam industri perabot, yang amat memerlukan pengisian pekerjaan.

“Daripada aspek pekerja asing di negara kita pula ia menunjukka­n penurunan ketara, di mana pada 2015 jumlah keseluruha­n pekerja asing di Malaysia adalah 2.1 juta.

“Manakala pada tahun lepas (2016) ia menurun kepada 1.8 juta sahaja pekerja asing dan tahun ini, sejumlah 1.7 juta orang berbanding dua tahun lepas 2.1 juta pekerja asing,” katanya.

“Pelaksanaa­n SIP akan bermula pada Januari 2018 dengan pembayaran caruman daripada majikan dan pekerja manakala pembayaran faedah kepada penerima yang layak dijangka ” setahun kemudian iaitu Januari 2019

 ??  ?? RIOT menyampaik­an sumbangan kepada golongan sasar yang menerima bantuan di bawah CSR PERKESO sambil disaksikan Mohd Gazali (dua kanan), Philip (kanan) serta yang lain pada Sabtu.
RIOT menyampaik­an sumbangan kepada golongan sasar yang menerima bantuan di bawah CSR PERKESO sambil disaksikan Mohd Gazali (dua kanan), Philip (kanan) serta yang lain pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia