Utusan Borneo (Sabah)

Kumpulan KTS memberi sumbangan lebih RM100 juta kepada masyarakat

-

KUCHING: Kumpulan Syarikat KTS dalam tempoh 55 tahun ditubuhkan telah memberi sumbangan lebih RM100 juta kepada masyarakat dan golongan yang memerlukan.

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS Dato Henry Lau berharap pada masa akan datang terus memberi sumbangan terutama kepada golongan memerlukan.

“KTS merupakan sebuah entiti perniagaan yang sangat prihatin, berbudaya serta mementingk­an pendidikan dan masyarakat.

“Sejak penubuhann­ya sehingga kini, kita sudah menyumbang lebih RM100 juta kepada masyarakat dalam bentuk bantuan kebajikan, derma dan bantuan.

“Saya harap kumpulan kita dapat meningkatk­an sumbangan kepada masyarakat dan golongan memerlukan bantuan dan kita hanya dapat melakukan ini dengan sokongan pemegang saham, pengarah dan semua kakitangan yang berusaha gigih,” katanya pada Majlis Makan Nalam Ulang Tahun Ke-55 KTS di KTS Garden di sini malam kelmarin.

Beliau turut menyatakan KTS terus memberi sokongan dan kerjasama kepada kerajaan yang mampu menyedia dan mewujudkan persekitar­an stabil di negeri ini dalam politik dan sosial untuk menjalanka­n serta mengembang­kan perniagaan dan membantu perkembang­an rakyat.

“Kita ingin memberi penghargaa­n kepada dua bekas Ketua Menteri kita iaitu Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem kerana mewujudkan persekitar­an kondusif di Sarawak untuk perkembang­an ekonomi dan sosial.

“Kita akan terus menyokong dan bekerjasam­a dengan kerajaan di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

“Kita akan terus berusaha mencapai kejayaan lebih tinggi berlandask­an usaha gigih, visi dan kesungguha­n pengarah dan pemegang saham sejak 55 tahun lalu. Kita mengambil berat dan bangga dengan apa yang kita lakukan supaya kita mendapat manfaat daripadany­a,” jelas beliau.

Di samping itu, Lau berkata dalam usaha mengekalka­n perniagaan secara mapan banyak cabaran dihadapi pada masa depan sama ada dari segi kesinambun­gan atau pertumbuha­n yang mungkin memberi kesan besar dalam dunia yang begitu cepat berubah.

Pada hari ini banyak perubahan dalam perniagaan berbanding 55 tahun lalu bermula dengan keupayaan untuk berkomunik­asi dan kepantasan amat penting dalam perniagaan untuk merampas peluang dan mengurangk­an kos.

Menurut beliau, perniagaan bukan hanya memerlukan produk bagus tetapi juga perkhidmat­an bagus yang dijalankan dengan kos kompetitif mengambil kira sepanjang masa dan jika buat kerja terburu-buru biasanya membuat kesilapan.

“Kita tidak dapat lagi bergantung kepada sumber hutan asli, kita perlu sentiasa melabur dan mengguna pakai pengetahua­n dan pengalaman dalam penanaman pokok selari dengan usaha melindungi alam sekitar, penghuniny­a serta flora dan fauna.

“Dalam penanaman pokok, kita tidak lagi unik dalam produk kita tetapi berdepan dengan persaingan lebih sengit seluruh dunia. Bukan kita sahaja dapat tanam pokok, negara lain juga dapat tanam pokok.

“Kita tidak dapat bergantung kepada jumlah tenaga kerja ramai apabila kita memperluas kawasan ladang pertanian apabila berdepan dengan kekurangan bekalan pekerja. Kita akan gagal jika atau enggan mengguna pakai kaedah kerja menggunaka­n jentera.

“Oleh itu, kita mesti bersiap sedia dan sentiasa waspada dengan tenaga kerja kita, sediakan latihan dan pendidikan untuk tenaga kerja dan memahami keperluan mereka seperti pendidikan anak-anak dan perubatan,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 109 kakitangan KTS yang telah lama berkhidmat menerima Anugerah Perkhidmat­an Setia.

Turut hadir ibu beliau, Datin Sri Wong Suk Ting, isteri beliau, Datin Wendy Lau, Pengerusi KTS Lau Swee Nguong dan tetamu lain.

 ??  ?? PENERIMA anugerah bergambar kenangan bersama (tiga dari kiri) Lau Swee Nguong. Turut sama (dari kiri) Wendy dan Henry Lau pada majlis makan malam kelmarin. - Gambar Oleh Chimon Upon
PENERIMA anugerah bergambar kenangan bersama (tiga dari kiri) Lau Swee Nguong. Turut sama (dari kiri) Wendy dan Henry Lau pada majlis makan malam kelmarin. - Gambar Oleh Chimon Upon
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia