Utusan Borneo (Sabah)

Ular sawa sepanjang lima meter tumpas

-

SIBU: Seekor ular sawa sepanjang lima meter tumpas di tangan seorang penangkap ular atau lebih dikenali ‘Raja Ular Sibu’ selepas dipercayai menelan seekor kucing di Jalan Lim Han Swee di sini pagi kelmarin (Jumaat).

Lai Lee Siew mengambil masa lebih dua jam menundukka­n reptilia itu selepas tiba di pekarangan rumah mangsa jam 11 pagi.

Katanya ular itu terlepas dua kali daripada genggamann­ya.

Menurutnya, ular itu sangat bertenaga dan terlepas dua kali sebelum cuba bersembuny­i masuk ke dalam saluran paip.

“Kali pertama saya berjaya menangkap kepala ular itu tetapi terlepas. Saya cuba menarik ekornya tetapi ia terlalu kuat dan terus masuk ke dalam saluran paip,” katanya.

Lai tidak berputus asa kemudian dibantu oleh enam remaja lelaki menarik ekor ular itu dari lubang saluran paip sehingga menyerah kalah.

Sebelum itu, pemilik rumah terbabit meminta Lai datang ke rumahnya setelah ular sawa itu dipercayai menelan seekor kucing belaannya.

“Ular itu terlepas genggaman saya walaupun saya berjaya menangkap kepalanya, ia kemudian cuba menyelinap masuk ke dalam lubang saluran paip sehingga terperangk­ap,” katanya.

Mujurlah Lai kemudian pergi ke longkang menarik kepala ular sawa itu sambil dibantu enam remaja menggunaka­n batang kayu mencucuk lubang paip memaksa ular itu keluar.

Lai merupakan seorang penangkap ular yang terkenal dalam kalangan masyarakat di bandar Sibu sejak 30 tahun lalu.

Katanya penghujung tahun terutama Disember merupakan musim ular sawa mengintai mangsa.

 ??  ??
 ??  ?? ULAR sawa lima meter berjaya ditundukka­n oleh Lai dibantu enam remaja kelmarin.
ULAR sawa lima meter berjaya ditundukka­n oleh Lai dibantu enam remaja kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia