Utusan Borneo (Sabah)

Gol tunggal Torres bantu Atletico benam Alaves 1-0

-

MADRID, Sepanyol: Atletico Madrid memintas Valencia ke tangga kedua La Liga Sepanyol selepas gol pertama Fernando Torres di Stadium Wanda Metropolit­ano membantu menewaskan Alaves 1-0 Sabtu lepas.

Valencia kekal lima mata di belakang pendahulu liga, Barcelona dan jatuh ke tangga ketiga selepas tewas perlawanan kedua dari tiga perlawanan terakhir dengan kekalahan 1-2 di Eibar.

Barca boleh mengembali­kan kelebihan enam mata berbanding Atletico dan 11 mata di hadapan Real Madrid menjelang pertemuan El Clasico di antara kedua-dua musuh tradisi sekiranya menewaskan Deportivo La Coruna pada perlawanan lewat.

Atletico kekal belum tewas dalam liga musim ini tetapi mereka terpaksa menunggu 16 minit sebelum tamat permainan untuk menembusi pintu gol Alaves, yang menang dua perlawanan pertama sejak dibimbing Aberlardo Fernandez, yang dinamakan jurulatih ketiga kelab pada awal bulan ini.

Torres baharu dimasukkan sebagai pemain gantian selama enam minit apabila menyempurn­akan hantaran Sime Vrsaljko untuk gol liga pertama beliau musim ini.

“Saya berasa sangat gembira untuk menjaringk­an gol. Apabila anda menjaringk­an gol, anda sentiasa mempunyai perasaan di mana anda sudah melakukan satu tugas yang baik,” kata Torres.

Torres hanya bermula satu perlawanan liga dalam kesebelasa­n utama dan berharap gol kemenangan itu akan menggalakk­an jurulatih Diego Simeone memberikan beliau lebih banyak peluang beraksi dalam kesebelasa­n utama.

Kekalahan meletakkan Alaves kekal dalam zon penyingkir­an dan tiga mata dari zon selamat.

Ketika saingan kejuaraan Atletico kembali bersemanga­t dengan kemenangan keempat berturut-turut, saingan Valencia bagaimanap­un semakin merudum.

Valencia jelas kehilangan ketajaman penyerangn­ya, Simone Zaza yang digantung perlawanan dan walaupun kepulangan perancang utama, Goncalo Guedes dari kecederaan sebagai pemain gantian dalam separuh masa kedua gagal mengembali­kan semangat pasukan.

Eibar mengambil kesempatan dari kealpaan pertahanan Valencia untuk membuka jaringan empat minit selepas rehat.

Valencia cuba bangkit dan berjaya mengikat kedudukan menerusi gol Santi Mina tetapi Eibar menjaringk­an gol kemenangan dari tandukan Joan Jordan untuk melonjakka­n mereka ke tangga ketujuh dengan kemenangan keempat dari lima perlawanan. — AFP

 ??  ?? DE BRYUNE gembira selepas menjaringk­an gol kedua City pada perlawanan liga menentang Spurs di Stadium Etihad, Manchester pada Sabtu lepas. STERLING
DE BRYUNE gembira selepas menjaringk­an gol kedua City pada perlawanan liga menentang Spurs di Stadium Etihad, Manchester pada Sabtu lepas. STERLING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia