Utusan Borneo (Sabah)

Tarik tali gah di pentas SAGA

-

SANDAKAN: Sejarah tercipta apabila sukan tarik tali diiktiraf sebagai satu sukan yang dipertandi­ngkan dalam kejohanan Sabah Games (SAGA) 2017 di Sandakan.

Kejohanan kali ini merupakan sukan demo yang direstui dan diiktiraf oleh Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah dan Majlis Sukan Negeri Sabah.

Walaupun kali pertama dipertandi­ngkan, sebanyak sepuluh daerah mengambil bahagian yang diurustadb­ir oleh Persatuan Tarik Tali Negeri Sabah dengan kerjasama Kementeria­n Belia dan Sukan Sandakan dan Majlis Perbandara­n Sandakan.

Ia menggambar­kan solidariti dan kesediaan persatuan mengelola kejohanan besar, demikian dinyatakan oleh Presiden Persatuan Tarik Tali Negeri Sabah Androd Sadian.

Beliau berharap sukan itu turut dimasukkan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) di Negeri Perak pada 2018 selaras dengan hasrat negara jiran di Asia Tenggara ingin memasukkan sukan itu di dalam Sukan SEA.

Acara yang menarik perhatian penonton turut dihadiri oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Masiung Banah, Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia dan Sukan Datuk Haji Awang Damit Hj Awang Anak, Pengerusi Lembaga Sukan Negeri Sabah Datuk Louis Rampas, Timbalan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Haji Mohd Hamsan Haji Ag Supain serta Ahli Lembaga Sukan Negeri Sabah Datuk Kevin Lim Thein Phin dan Padis Majingkin.

Masiung yang melepaskan perlawanan separuh akhir antara Ranau dan Kudat memuji keupayaan para remaja Sabah dalam arena sukan itu.

Louis turut menyifatka­n sukan tarik tali antara sukan paling popular di Negeri Sabah dan menjadi ‘acara wajib’ di setiap pesta atau festival.

Beliau menyokong penuh sekiranya sukan itu dijadikan salah satu acara sukan SAGA dan SUKMA.

Majoriti atlit tarik tali terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan remaja berumur 21 tahun ke bawah.

Awang Damit yang menyaksika­n kejohanan itu sejak di peringkat kumpulan, teruja melihat semangat dan komitmen semua kontinjen yang sanggup berkampung di Sandakan dengan pembiayaan persatuan daerah masing-masing.

Beliau turut berpuashat­i dengan mutu penganjura­n oleh pihak Persatuan Tarik Tali Negeri Sabah.

Kejohanan julung kalinya itu dimenangi oleh Ranau, Kota Marudu naib johan, tambunan ketiga dan Kudat kkeempat. Daerah lain yang menyertai ialah Sipitang, Keningau, Papar, Sandakan, Kota Kinabalu dan Beaufort. Pemenang menerima medal dan Piala Presiden SATWA serta sijil.

 ??  ?? ANDROD bersama barisan urusetia dan jawatankua­sa teknikal SATWA.
ANDROD bersama barisan urusetia dan jawatankua­sa teknikal SATWA.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MASIUNG (enam dari kiri) melepaskan perlawanan tarik tali di Kompleks Sukan Sandakan.
MASIUNG (enam dari kiri) melepaskan perlawanan tarik tali di Kompleks Sukan Sandakan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia