Utusan Borneo (Sabah)

City lakar kemenangan ke-16 berturut-turut Aishah berhasrat sumbang pingat emas

Sekiranya diberi peluang mewakili Negeri Sabah pada temasnya Sukan Malaysia

- Oleh YUSOP TEPPO mendahului larian 200 meter sekaligus meraih emas.

SANDAKAN: Pemenang tiga pingat emas Sukan Sabah (SAGA) VIII 2017 Nor Aishah Rofina Aling berhasrat menyumbang emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) sekiranya diberi peluang mewakili Negeri Sabah.

Aishah yang merupakan anak kelahiran Sandakan meraih tiga emas dalam acara 100 meter, 200 meter dan 4x100 meter pada temasya SAGA VIII 2017 yang berakhir Jumaat.

Walaupun tidak memecahkan rekod kejohanan SAGA dalam tiga acara itu tetapi dia telah memperbaik­i catatan sendiri sama ada dalam latihan dan kejohanan sebelum ini disertainy­a.

Aishah, 18, ketika ditemubual Utusan Borneo amat berpuas hati dengan pencapaian­nya pada temasya SAGA kali ini di Sandakan selaku tuan rumah.

“Saya tidak menyangka yang saya dapat meraih emas tetapi atas usaha dan latihan, amat berbaloi juga ketika meraih emas ketiga-tiga acara disertai,” katanya.

Dia amat berpuas hati apabila dapat menyumbang pingat emas untuk kontinjen Sandakan. “Kejayaan ini adalah atas sokongan dan dorongan kuat daripada anggota keluarga, jurulatih dan rakanrakan,” katanya. Aishah amat berterima kasih kepada semua yang banyak membantuny­a sehingga meraih pingat emas ini. Ketika ditanya mengenai peluangnya mewakili negeri Sabah dalam temasya Sukan Malaysia (SU- KMA), Aishah m e n j e l a s k a n sekiranya diberi peluang beraksi di SUKMA untuk mewakili Sabah dimana ia akan berusaha bagi meraih pingat.

“Saya akan meneruskan latihan dan memperbaik­i catatan larian saya bagi bersaing di SUKMA,” katanya.

Dia yang kini masih melanjutka­n pelajarann­ya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muhibbah Sandakan dalam tingkatan enam bercita-cita untuk berjaya dalam pelajaran dan terus menyumbang pingat emas dalam acara larian pecut yang disertainy­a.

“Mungkin ini adalah langkah permulaan dalam acara olahraga dan usaha ini akan saya teruskan dalam latihan yang diberikan oleh jurulatih,” katanya.

“Saya akan meneruskan latihan dan memperbaik­i catatan larian saya bagi bersaing di ” SUKMA. NOR AISHAH ROFINA ALING

Ratu pecut SAGA VIII 2017

 ??  ?? AISHAH
AISHAH
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia