Utusan Borneo (Sabah)

UMS pertahan gelaran juara Sukan IPT Sabah

-

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya mempertaha­nkan gelaran juara keseluruha­n Kejohanan Sukan IPT Sabah 2017 untuk kali kedua berturut-turut.

Kejohanan dua hari merebut Piala Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia; Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching itu berakhir di Kompleks Sukan UMS dekat sini pada Ahad.

Beraksi di gelanggang dan di hadapan penyokong sendiri, kontinjen UMS yang dibarisi oleh 87 atlet dan pegawai memperliha­tkan kehebatan mereka dengan menjuarai tujuh dari lapan acara yang dipertandi­ngan.

Selain tujuh emas menerusi acara futsal wanita, bola tampar pantai wanita, bola keranjang lelaki dan wanita, bola sepak, bola jaring dan sepak takraw, UMS juga memenangi dua perak dan satu gangsa.

Naib johan keseluruha­n disandang oleh Politeknik Kota Kinabalu yang menjuarai acara bola tampar pantai lelaki selain dua memenangi dua pingat perak.

UMS Kolej Antarabang­sa Labuan (KAL) muncul selaku pemenang tempat ketiga keseluruha­n dengan dua perak dan satu gangsa, sambil UiTM Sabah dengan satu perak dan tiga gangsa muncul selaku pemenang tempat keempat keseluruha­n.

Pengarah Pusat Sukan UMS; Mohd Asyraaf Fong Abdullah berkata, kontinjen UMS telah membuat persediaan yang begitu rapi dan tersusun untuk mempertaha­nkan kejuaraan yang dirangkul pada temasya sulung tahun lalu.

Beliau menghendak­i atletatlet UMS menunjukka­n prestasi yang lebih baik diperingka­t kebangsaan termasuk Sukan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SUKIPT) yang akan berlangsun­g di Universiti Kebangsaan Malausia (UKM) pada 1-10 Februari 2018 dan Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2018.

Beliau juga mengucapka­n ribuan terima kasih kepada Prof. Datuk Dr D. Kamarudin D. Mudin Naib Canselor dan Pengurusan Tertinggi UMS yang menyokong dan menjadi nadi utama perkembang­an sukan UMS.

Majlis Penyampaia­n Hadiah telah disempurna­kan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Sukan Kementeria­n Pendidikan Tinggi Malaysia;Tony Azman.

Seramai 767 atlet mewakili 20 kontinjen Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dari seluruh Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan, termasuk Universiti Awam, Universiti Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Universiti, Kolej Swasta , Institut Pendidikan Guru, Instutut Kemahiran Mara dan Institut Kemahiran Bina Negara mengambil bahagian pada temasya kali ini.

DESMOND QWEK

-Oleh

 ??  ?? AISHAH menunjukka­ntiga pingat emas yang dimenangin­ya.
AISHAH menunjukka­ntiga pingat emas yang dimenangin­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia