Utusan Borneo (Sabah)

Tujuh emas dari Langkawi

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Atlet Sabah membawa pulang tujuh pingat emas dari Kejohanan Angkat Berat Langkawi 2017 yang berakhir di Telaga Walk pada Ahad.

Selain tujuh emas, pasukan negeri ini yang dianggotai oleh dua atlet lelaki dan lima atlet wanita juga berjaya memenangi satu perak dan tiga gangsa di kejohanan empat hari itu.

Atlet wanita Nelcy Tunik, Elly Casandara dan Marceeta Marcus masing-masing memenangi dua pingat emas, manakala satu lagi pingat emas dimenangi menerusi atlet lelaki Rony Jesos.

Atlet lelaki Kevdylan Wong memenangi satu perak dan satu gangsa, sambil atlet wanita Sheren Lueh masih boleh tersenyum dengan dua gangsa.

Presiden Persatuan Angkat Berat Negeri Sabah (PABNS) Philip Gisan berkata, kesemua atlet Sabah itu sepatutnya menjadi sandaran Sabah untuk menyumbang­kan pingat untuk kontinjen negeri ini semasa Sukan Malaysia (SUKMA) 2018.

“Kita (PABNS) percaya, pihak Persekutua­n Angkat Berat Malaysia (PABM) menerusi permintaan semua badan-badan bergabung persatuan induk kebangsaan itu akan membuat rayuan agar sukan ini terus kekal dalam Sukma tahun hadapan.

“Mari lah kita sama-sama berdoa dan berharap sesuatu yang positif, termasuk aksi atlet angkat berat di Sukma 2018 dan penganjura­n lebih banyak pertanding­an oleh PABM,” jelas beliau.

“Bagi kita (PABNS) kita akan meneruskan program pembanguna­n atlet untuk kita melahirkan atlet bakat bukan sahaja mampu bersaing di peringkat kebangsaan, tetapi juga di peringkat antarabang­sa.

“PABNS akan terus memperjuan­gkan aspirasi atletatlet kita dan juga beliau yang akan menjadi juara kita di masa hadapan,” tambah Philip.

 ??  ?? PHILIP (lima kanan) bersama atlet Sabah semasa menyertai Kejohanan Angkat Berat Langkawi 2017 yang berakhir di Telaga Walk pada Ahad.
PHILIP (lima kanan) bersama atlet Sabah semasa menyertai Kejohanan Angkat Berat Langkawi 2017 yang berakhir di Telaga Walk pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia