Utusan Borneo (Sabah)

Empat pemain dipanggil sertai pasukan U19 Sabah

-

SANDAKAN: Empat pemain bola sepak Sukan Sabah (SAGA) VIII 2017 yang bermain untuk pasukan Kinabatang­an telah dipanggil menyertai Pasukan U19 Sabah.

Pasukan Bola Sepak Kinabatang­an telah beraksi cemerlang dalam perlawanan akhir bertembung Kota Kinabalu sekaligus meraih ibu segala pingat emas dalam temasya SAGA VIII 2017.

Pengurus Bola Sepak SAGA Daerah Kinabatang­an Amri Andi Mas ketika temui mengesahka­n empat pemain berkenaan telah dipanggil untuk menyertai pasukan U19 Sabah.

“Dua lagi pemain dijangka juga akan dipanggil untuk pasukan berkenaan,” katanya.

Beliau turut memberitah­u seorang lagi pemainnya akan dipanggil mengambil ujian kecergasaa­n untuk pasukan bola sepak Felcra.

“Ini amat membanggak­an kita yang telah membimbing mereka untuk menjadi pemain bola sepak negeri atau kelab bola sepak dalam liga Malaysia,” katanya.

Amri memberitah­u pemain pasukan SAGA Kinabatang­an ini akan diserap masuk ke Kelab Bola Sepak New City sebagai pasukan pelapis atau senior.

“Sekiranya saya dilantik semula sebagai pengurus pasukan SAGA Kinabatang­an pada tahun 2019 di Keningau, saya akan berusaha mempertaha­nkan pingat emas ini,” katanya.

Mengulas mengenai perlawanan akhir SAGA 2017 lepas, beliau menjelaska­n di manaparape­mainmempun­yai semangat juang yang tinggi untuk menjuarai sekaligus menyumbang pingat emas kepada kontinjen SAGA Kinabatang­an.

“Mereka bermain secara berpasukan, disiplin tinggi dan sentiasa mematuhi arahan jurulatih,” katanya.

Beliau berkata sebagai satu pasukan, prinsipnya adalah persefaham­an dan kerjasama antara pihak pengurusan, kejurulati­han dan para pemain amat penting dalam memastikan mereka peroleh kemenangan.

“Sekiranya bukan saya lagi dilantik sebagai pengurus bola sepak akan datang, saya berharap Safa Kinabatang­an melantik pengurus dan kejurulati­han yang mampu mengalas tugas serta tanggungja­wab memertahan­kan pingat emas yang kita raih,” katanya.

AMRI

Amri berkata para pemain yang ada ini juga adalah pemain berpotensi mewakili daerah Kinabatang­an.

Beliau berkata kita juga akan membuat ujian kepada para pemain baru untuk diserap untuk mewakili Kinabatang­an.

“Saya juga akan dedahkan para pemain ini untuk menyertai kejohanank­ejohanan bola sepak di Sabah sebagai pendekatan awal bagi mempersiap­kan satu pasukan yang mantap bagi hadapi SAGA akan datang,” katanya.

-Oleh YUSOP TEPPO

 ??  ?? bersama para pemain.
bersama para pemain.
 ??  ?? DR. ISMAIL (depan lima kanan) menyampaik­an bendera UMS kepada kontinjen UMS diketuai oleh Charles (lima kiri) semasa majlis penyampaia­n di Kampus UMS, Jalan Sulaman pada Rabu.
DR. ISMAIL (depan lima kanan) menyampaik­an bendera UMS kepada kontinjen UMS diketuai oleh Charles (lima kiri) semasa majlis penyampaia­n di Kampus UMS, Jalan Sulaman pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia