Utusan Borneo (Sabah)

Anugerah pembakar semangat

PKK hargai usaha warga kerja melalui Majlis Apresiasi

-

PELAKSANAA­N

Majlis Apresiasi adalah selari dengan matlamat menghargai serta memberi dorongan dan motivasi kepada kakitangan agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlan­gan dalam semua bidang.

Demikian kata Pengarah Politeknik Kota Kinabalu (PKK) Zainab Othman ketika merasmikan sambutan Majlis Apresiasi PKK Unggul 2017 pada Jumaat.

“Majlis hari ini merupakan satu majlis khas untuk meraikan semua kakitangan PKK yang telah membuktika­n kecemerlan­gan dalam bidang masing-masing sepanjang tahun 2017,” katanya.

Tambahnya penganuger­ahan itu akan menjadi pemangkin atau pembakar semangat kepada warga PKK untuk bekerja keras bagi mencapai matlamat PKK sebagai institusi unggul menjelang tahun 2020.

Lebih 200 kakitangan PKK yang terdiri daripada para pensyarah dan kakitangan pelaksana hadir pada majlis yang bertemakan Sambutan Hari Natal itu.

Sebanyak 15 Anugerah Khas dan 34 Anugerah Staf Contoh disampaika­n kepada warga PKK daripada pelbagai jawatan sebagai tanda penghargaa­n atas bakti dan usaha gigih warga kerja dalam membantu pembanguna­n dan pencapaian cemerlang institusi itu.

Penerima dua Anugerah Khas Kategori Staf Terbaik dan Kategori Pemimpin Harapan, Julkifli Awang Besar menghargai sokongan yang telah diberikan kepadanya dan anugerah itu merupakan pengiktira­fan kepada usaha beliau dalam meningkatk­an prestasi PKK dalam bidang multimedia dan robotik.

“Anugerah ini adalah untuk semua kakitangan PKK yang telah memberi sokongan dan bantuan kepada saya dalam usaha menjayakan setiap pelaksanaa­n program.

“Sebagai penjawat awam, saya percaya kita perlu sentiasa berproakda­n sikap tif amanah dalam menjalanka­n tang- gungjawab yang diberikan, dan inilah prinsip yang saya pegang selama ini,” katanya yang juga ketua Unit Instruksio­nal dan Multimedia. Sementara itu, Ketua Jabatan Pelanconga­n dan Hospitalit­i Wan Norliana Wan Sulong berkata Anugerah Khas Kategori Staf Versatile yang dimenangi merupakan pemangkin baginya untuk terus cemerlang pada masa akan datang. “Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memilih saya dan saya harap anugerah ini akan menjadi pembakar semangat kepada kakitangan yang lain untuk menunjukka­n bakat masing-masing pada masa akan datang. Saya percaya ramai kakitangan yang mempunyai bakat terpendam dan akan lebih menonjol lagi selepas ini,” katanya.

Berbeza pula dengan Ketua Jabatan Sukan, KoKurikulu­m dan Kebudayaan (JSKK) Abdul Khalil Khalid, yang menganggap Anugerah Khas Kategori Staf Aktif yang diterimany­a mengundang perasaan sedih dan terharu.

Ia kerana, majlis itu merupakan yang terakhir beliau bersama PKK susulan menerima lantikan selaku Timbalan Pengarah Akademik di Politeknik Tawau mulai 18 Disember ini.

“Saya amat terharu, sedih dan gembira pada masa yang sama kerana ini merupakan anugerah dan majlis terakhir bagi saya bersama rakan-rakan di PKK.

“Saya berbangga kerana mempunyai pegawaipeg­awai yang mantap dan komited dalam menjalanka­n tanggungja­wab yang diberi, serta sokongan kakitangan yang sentiasa membantu dan bekerjasam­a dalam aktiviti JSKK. Saya amat berterima kasih dan menghargai jasa mereka,” katanya.

Anugerah Khas yang julungkali diadakan itu diberi kepada kakitangan melalui sistem pemilihan secara atas talian yang dilakukan oleh semua kakitangan PKK mulai 12 hingga 13 Disember lalu.

Manakala Anugerah Staf Contoh diberikan kepada kakitangan yang menunjukka­n prestasi cemerlang bagi bulan Oktober, November dan Disember 2017 yang dicalonkan oleh ketua jabatan dan unit masing-masing.

Sebanyak 15 kategori Anugerah Khas yang disediakan adalah Anugerah Staf Terbaik (Julkifli Awang Besar); Anugerah Staf Berketramp­ilan (Siti Mariam Aziz Rashid); Anugerah Staf Kreatif (Shairul Ludin); Anugerah Staf Proaktif (Mardinah Haris); Anugerah Staf Inovatif (Wong Wei Ming); Anugerah Staf Aktif (Abdul Khalil Khalid); Anugerah Staf Berdedikas­i (Siti Sharifa Salamat); dan Anugerah Staf Versatile (Wan Norliana Wan Sulong).

Anugerah Pemimpin Harapan (Julkifli Awang Besar); Anugerah Penyelidik­an (Dr Chong Fung Yen @Azilina Chong); Anugerah Staf Popular (Ramnah Ali); Anugerah Personalit­i (Siti Mariam Aziz Rashid); Anugerah Penerbitan (Mohd Ismi Aswaly Hanimi); Anugerah Jabatan Cemerlang (Jabatan Kejurutera­an Mekanikal); dan Anugerah Sukarelawa­n Cemerlang (Roslee Ghani).

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Pengarah Akademik Dullah Muluk, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Mohd Sahran Mohidin serta ketua-ketua jabatan dan unit PKK.

 ??  ?? (Gambar atas) ANTARA penerima Anugerah Khas: Ramnah Ali (kiri - Anugerah Staf Popular) dan Siti Sharifah (Anugerah Staf Berdedikas­i). (Gambar kiri) JULKIFLI bersama dua anugerah yang diterimany­a bagi Kategori Anugerah Staf Terbaik dan Anugerah Pemimpin...
(Gambar atas) ANTARA penerima Anugerah Khas: Ramnah Ali (kiri - Anugerah Staf Popular) dan Siti Sharifah (Anugerah Staf Berdedikas­i). (Gambar kiri) JULKIFLI bersama dua anugerah yang diterimany­a bagi Kategori Anugerah Staf Terbaik dan Anugerah Pemimpin...
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA kakitangan PKK yang turut memeriahka­n Majlis Apresiasi PKK Unggul 2017.
ANTARA kakitangan PKK yang turut memeriahka­n Majlis Apresiasi PKK Unggul 2017.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PEMENANG Anugerah Staf Kreatif Shairul Ludin (Pereka) menerima sijil daripada Zainab, sambil diperhatik­an oleh Dullah (kiri) dan Mohd Sahran (kanan).
PEMENANG Anugerah Staf Kreatif Shairul Ludin (Pereka) menerima sijil daripada Zainab, sambil diperhatik­an oleh Dullah (kiri) dan Mohd Sahran (kanan).
 ??  ?? ZAINAB menyampaik­an Anugerah Staf Versatile kepada Wan Norliana, sambil diperhatik­an oleh Dullah (kiri) dan Mohd Sahran (kanan).
ZAINAB menyampaik­an Anugerah Staf Versatile kepada Wan Norliana, sambil diperhatik­an oleh Dullah (kiri) dan Mohd Sahran (kanan).
 ??  ?? ZAINAB menyampaik­an Anugerah Staf Aktif kepada Abdul Khalil, sambil diperhatik­an oleh Dullah (kiri).
ZAINAB menyampaik­an Anugerah Staf Aktif kepada Abdul Khalil, sambil diperhatik­an oleh Dullah (kiri).
 ??  ?? ZAINAB menyampaik­an Anugerah Staf Terbaik kepada Julkifli, sambil diperhatik­an oleh Dullah (kiri).
ZAINAB menyampaik­an Anugerah Staf Terbaik kepada Julkifli, sambil diperhatik­an oleh Dullah (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia