Utusan Borneo (Sabah)

Aktiviti JPNIN mantapkan SRS wajar disokong

Mantapkan fungsi SRS jaga keselamata­n dan kesejahter­aan penduduk

-

MUTAKHIR ini, masalah jenayah adalah antara isu yang paling mendapat perhatian dalam kalangan rakyat di negara kita.

Kita tidak dapat menyangkal kewibawaan anggota polis dalam menangani masalah jenayah, malahan pada masa yang sama kita juga tidak menafikan bahawa undang-undang yang sedia ada di negara kita mampu mengekang perilaku jenayah.

Namun, ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) dikatakan perlu menjadi mata dan telinga kepada pihak polis untuk samasama menangani masalah jenayah.

Menyedari hakikat ini, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Daerah Beaufort dengan kerjasama lima SRS dalam Parlimen Beaufort berjaya menganjurk­an Kempen Pencegahan Jenayah SRS yang diadakan di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Gabungan Kampung Limbawang.

Antara SRS yang terlibat ialah SRS Gabungan Kg Limbawang, SRS Kg Mempagar, SRS Kg Rancangan Klias, SRS Taman Wawasan dan SRS Gabungan Kg Kukut, dan turut dihadiri oleh ahli SRS dari kawasan Lumadan.

Program malam itu dimulakan dengan ceramah pencegahan jenayah yang disampaika­n oleh Ketua Bahagian Integriti dan Pemantauan Standard, Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort Inspektor Mohd Amiruddin Arshad.

JPNIN Daerah Beaufort merupakan antara JPNIN daerah yang paling aktif

menganjurk­an program dan aktiviti dalam merealisas­ikan visi JPNIN Sabah yang bertema ‘Membudayak­an Perpaduan Meraikan Kepelbagai­an’.

Ketua Daerah Beaufort Wong Samie berkata, JPNIN Daerah Beaufort berjaya menggerakk­an semua ahli KRT dan SRS untuk menganjurk­an pelbagai program serta aktiviti kemasyarak­atan seperti pada malam itu.

“Tidak hairanlah kalau KRT dan SRS di daerah ini di bawah pentadbira­n Penolong Pegawai JPNIN Daerah Beaufort Noraishah Mohd Zain telah banyak mencipta kejayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaik­an ucapan pada Kempen Pencegahan Jenayah dan Kesedaran SRS peringkat Parlimen Beaufort yang diadakan di KRT Gabungan Kampung Limbawang, Beaufort pada Sabtu.

Wong yang hadir pada program itu bagi mewakili Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita dan Masyarakat Malaysia merangkap Ahli Parlimen Beaufort Datuk Hajah Azizah Hj Mohd Dun.

Katanya, program itu merupakan aktiviti JPNIN wajar mendapat sokongan kalangan ahli SRS kerana dapat memantapka­n fungsi SRS itu sendiri untuk menjaga keamanan dan kesejahter­aan penduduk setempat.

“Program ini banyak mendedahka­n maklumat dan diharapkan ahli SRS menggunaka­n sepenuhnya ilmu pengetahua­n yang diperolehi melalui ceramah jenayah yang disampaika­n oleh penceramah jemputan tadi,” katanya.

Beliau turut mengesa ahli SRS memperting­katkan usaha dalam membuat rondaan secara berkala kerana ia berupaya mencegah kes jenayah dan gejala sosial.

Terdahulu dalam ucapannya, Ketua Unit Kesepaduan Sosial dan Integrasi Nasional JPNIN Sabah Hilman Jack Usli berkata, program yang dianjurkan harus dijadikan sebagai program yang benar-benar mendatangk­an manfaat dalam membantu pihak berkuasa seperti pihak polis dalam usaha mencegah jenayah.

Katanya, pihak JPNIN Sabah sentiasa memberikan sokongan padu kepada setiap penganjura­n program dan aktiviti oleh JPNIN daerah, KRT dan SRS di semua kawasan bagi memantapka­n lagi peranan dan fungsi SRS dalam pencegahan jenayah.

Hilman berkata, daerah Beaufort setakat hari ini mempunyai 43 KRT dan 26 SRS yang merupakan daerah kedua tertinggi dalam negeri Sabah dan ia memperliha­tkan kesungguha­n JPNIN daerah dalam usaha menambah bilangan keanggotaa­nnya.

Beliau merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada JPNIN daerah, semua KRT dan SRS kerana telah berjaya menganjurk­an dan mengelolak­an program itu sehingga terlaksana dengan jayanya.

“Ia memperliha­tkan kerjasama dan permuafaka­tan dalam kalangan pegawai di JPNIN daerah, ahli KRT dan SRS dalam memupuk serta mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara satu dengan yang lain,” katanya.

Sempena program itu, diadakan pemeriksaa­n barisan SRS dan rondaan oleh ahli SRS yang hadir.

“JPNIN Daerah Beaufort berjaya menggerakk­an semua ahli KRT dan SRS untuk menganjurk­an pelbagai program serta aktiviti kemasyarak­atan seperti pada malam itu. Tidak hairanlah kalau KRT dan SRS di daerah ini di bawah pentadbira­n Penolong Pegawai JPNIN Daerah Beaufort Noraishah Mohd Zain telah banyak mencipta kejayaan.

WONG SAMIE

Ketua Daerah Beaufort

 ??  ??
 ??  ?? WONG (tengah) menyampaik­an cendera kenangan kepada Amiruddin selaku pencermah jemputan.
WONG (tengah) menyampaik­an cendera kenangan kepada Amiruddin selaku pencermah jemputan.
 ??  ?? NORAISHAH (kiri) bersama tetamu yang turut hadir pada program itu.
NORAISHAH (kiri) bersama tetamu yang turut hadir pada program itu.
 ??  ?? WONG (tengah) menyampaik­an cendera kenangan kepada Hilman.
WONG (tengah) menyampaik­an cendera kenangan kepada Hilman.
 ??  ?? HADIRIN mengabadik­an kenangan selepas program itu.
HADIRIN mengabadik­an kenangan selepas program itu.
 ??  ?? BARISAN SRS yang hadir pada program itu.
BARISAN SRS yang hadir pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia