Utusan Borneo (Sabah)

Kebebasan beragama teras kekuatan negara

Malaysia terkenal sebagai negara yang bersatu dalam kepelbagai­an

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kebebasan beragama dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya di Sabah menjadi teras kepada kekuatan, kemajuan serta keamanan negara yang sudah lama dinikmati sehingga kini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili berkata, rakyat seharusnya bersyukur kerana Malaysia terkenal sebagai negara yang bersatu dalam kepelbagai­an etnik dan agama.

“Kadang-kadang kepelbagai­an menjadi cabaran dan berlakunya konflik, tetapi di Malaysia sejak 1969 lagi, kita terkenal di peringkat dunia sebagai satu negara moden dari segi perspektif pentadbira­n Islam yang tetap mengekalka­n keamanan, keselamata­n dan perpaduan sesama kita.

“Inilah yang harus kita pegang serta pelihara bersama khususnya di Sabah dan Sarawak yang mana kita menjadi model serta rujukan pemimpin negara khususnya rakyat di Semenanjun­g Malaysia,” katanya ketika berucap pada sambutan Pesta Krismas Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini pada Sabtu.

Sempena Pesta Krismas UMS yang masuk edisi keenam itu, Maximus berkata ia bersesuaia­n dengan tema pesta iaitu perpaduan yang mengajak rakyat supaya sentiasa bersatu padu serta memperjuan­gkan jiwa dan raga demi negara yang tercinta ini.

Katanya, perpaduan bukan sahaja penting antara bangsa dan kaum tetapi juga penting dengan kewujudan antara agama.

“Justeru, amalan kebebasan beragama bukan sahaja terus dikekalkan­tetapidipr­aktikkan tanpa membelakan­gkan perpaduan,” jelasnya.

Tambahnya, penganjura­n program sedemikian di peringkat kampus juga akan mendedahka­n warga pendidik serta pelajar kepada perpaduan dan perkongsia­n melalui sikap kesederhan­aan dan saling hormat menghormat­i.

Sementara itu, Naib Cancelor UMS Profesor Datuk Dr D Kamarudin D

“Kadang-kadang kepelbagai­an menjadi cabaran dan berlakunya konflik, tetapi di Malaysia sejak 1969 lagi, kita terkenal di peringkat dunia sebagai satu negara moden dari segi perspektif pentadbira­n Islam yang tetap mengekalka­n keamanan, keselamata­n ” dan perpaduan sesama kita. DATUK SERI PANGLIMA DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Mudin berkata, majlis yang melambangk­an semangat harmoni dan 1Malaysia itu mampu memupuk semangat toleransi yang tinggi bermula dari universiti sehinggala­h ke seluruh pelosok negara.

Katanya, ia juga bertujuan mengeratka­n lagi silaturahi­m dalam kalangan siswa siswi UMS dan terus menyokong pelaksanaa­n majlis berkaitan budaya serta agama masyarakat Malaysia dengan harapan acara seperti itu boleh menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan mereka.

“Penganjura­n majlis besar sebegini bukan sahaja menyumbang kepada kemajuan siswa dalam proses pelaksanaa­n majlis, bahkan komitmenya­ngsiswidib­erikan majlis ini dapat mencungkil dan memanfaatk­an potensi bagi menjayakan komunikasi serta kemahiran mereka ketika bekerjasam­a dengan pihak luar.

“Komitmen yang ditunjukka­n ini melambangk­an kemahiran insaniah siswa siswi yang kukuh dan kejayaan mereka memberi imej bahawa universiti ini mampu menghasilk­an individu yang berkeboleh­an tinggi dan bertaraf antarabang­sa,” katanya.

Justeru, beliau berharap Pesta Krismas itu akan dapat dilaksanak­an untuk tahuntahun seterusnya dengan matlamat membentuk siswa siswi yang berjaya dan berwawasan tinggi.

Terdahulu, hampir 2,500 orang terdiri pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta sekitar bandaraya, wargapendi­dikUMSdano­rang awam hadir memeriahka­n sambutan itu di Dewan Kuliah Pusat Baru UMS.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS Profesor Dr Ismail Ali, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Dr Lucas Umbul dan Pengarah Pesta Krismas 2017 UMS Alvin Roy Ollon.

 ??  ?? MAXIMUS (tiga kiri) bersama tetamu kehormat yang lain memotong kek perasmian Pesta Krismas UMS 2017.
MAXIMUS (tiga kiri) bersama tetamu kehormat yang lain memotong kek perasmian Pesta Krismas UMS 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia