Utusan Borneo (Sabah)

Perjuangan pembangkan­g kelangsung­an politik peribadi

Perjuangan pembangkan­g sekadar kelangsung­an politik peribadi

-

KUNDASANG: Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, perjuangan pembangkan­g di negeri ini hanya sekadar kelangsung­an politik peribadi dan bukan untuk kepentinga­n rakyat.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat khususnya di daerah Ranau dan Kundasang agar tidak mudah terpengaru­h dengan dakyah disebarkan oleh pihak pembangkan­g.

“Mereka sekadar merayu simpati rakyat untuk politik peribadi. Oleh itu, jangan sesekali terpengaru­h dengan tipu helah mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Santai Pemimpin bersama Rakyat di Kampung Sinurai, di sini.

Joachim yang juga Adun Kundasang berkata, rakyat perlu terus memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terbukti berupaya membela nasib rakyat.

“Hanya kerajaan BN yang terbukti meletakkan rakyat sebagai keutamaan. Begitu banyak pembanguna­n yang disalurkan kerajaan kepada rakyat, khususnya di kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau menambah, Parti Bersatu Sabah (PBS) sebagai komponen yang mewakili kerajaan BN di kawasan DUN Kundasang, sememangny­a komited memperjuan­gkan nasib rakyat di kawasan luar bandar terutamany­a dalam aspek pembanguna­n infrastruk­tur, ekonomi serta pendidikan.

“Kita menyedari bahawa kepentinga­n pelbagai aspek pembanguna­n ini, sebagai contoh ialah pendidikan yang merupakan agenda utama yang diberi perhatian kerana melalui pendidikan rakyat dapat meningkatk­an martabat anak bangsa di persada negara dan antarabang­sa,” katanya.

Sempena program itu, Joachim turut menyerahka­n sumbangan kepada para penduduk di sekitar DUN Kundasang.

“Hanyakeraj­aanBNyangt­erbuktimel­etakkan rakyat sebagai keutamaan. Begitu banyak pembanguna­n yang disalurkan kerajaan kepada ” rakyat, khususnya di kawasan luar bandar.

DATUK DR JOACHIM GUNSALAM Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

 ??  ?? JOACHIM (tiga dari kiri) menyerahka­n sumbangan kepada penduduk sekitar DUN Kundasang.
JOACHIM (tiga dari kiri) menyerahka­n sumbangan kepada penduduk sekitar DUN Kundasang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia