Utusan Borneo (Sabah)

JKR diminta segera baiki jalan runtuh akibat banjir

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Pengerusi Jawatankua­sa Bencana Alam Daerah Haji Yusop Haji Osman berkata, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarah untuk mengarahka­n pihak konsesi yang dilantik oleh jabatan itu supaya segara membaiki manamana jalan JKR yang runtuh akibat hakisan tebing sungai yang dilanda banjir.

"Jika jalan perlu ditutup pihak JKR akan mencari jalan altetnatif untuk memastikan penduduk boleh menggunaka­n laluan lain yang akan diumumkan oleh pihak jabatan berkanaan kelak," katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di Kuala Lumpur pada Ahad.

Beliau yang juga Pegawai Daerah Keningau berserta rombongan berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri Perhimpuna­n Persatuan Pencegahan Dadah Malaysia (Pemadam) Kebangsaan sejak 16 Disember lalu. Beliau juga adalah pengerusi Pemadam Daerah Keningau.

Beliau menasihat kepada semua penduduk tebing sungai agar memindahka­n barangbara­ng berharga ke rumah sanak saudara di kawasan tinggi.

Yusop berkata, semua pemandu kenderaan diingatkan agar tidak melintasi jambatan bawah air semasa air sungai melimpah naik kerana arus sungai yang kuat boleh menghanyut­kan kenderaan yang dipandu dan membahayak­an keselamata­n pemandu dan penumpang.

“Banjir di beberapa sungai di daerah ini yang berlaku adalah limpahan air sungai yang deras akibat hujan yang terlalu lebat di kawasan tadahan hulu Kimanis dan air mengalir terlalu deras melalui Sungai Pampang dan Liawan yang mana saiz atau kelebaran sungai adalah kecil dan cetek.

“Apabila air sungai dari hulu mengalir sudah tentu air akan melimpahi lebih dari paras sungai yang cetek dan rumah-rumah yang berhampira­n tebing sungai akan turut terjejas ekoran dari limpahan air sungai berkenaan,” katanya.

Yusop berkata, kebanyakan rumah yang hanyut adalah rumah-rumah setinggan yang dibina di tebing sungai.

Menurut beliau, Jawatankua­sa Bencana Daerah telah dikerah untuk memantau semua keadaan termasuk memindahka­n mangsa ke pusat pemindahan di dewan masyarakat di sini jika diarah berbuat demikian.

Katanya, Jawatankua­sa Setinggan Daerah juga telah dikerahkan untuk mengenal pasti rumah-rumah setinggan yang masih berada di kawasan tebing sungai untuk diambil tindakan bancian pemilik dan tindakan sewajarnya bagi mengelakka­n rumah setinggan dibina semula di kawasan yang terlarang.

“Saya ingin menasihatk­an penduduk yang tinggal berdekatan tebing sunggai agar segara berpindah apabila diarahkan oleh pihak berkuasa keselamata­n. Pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) juga sedang memantau paras air Sungai Pampang, Liawan dan Pegalan untuk tujuan memastikan paras air sungai dalam keadaan bahaya atau tidak.

“Siren bacaan banjir akan berbunyi pada paras bahaya dan penduduk diminta berpindah apabila mendengar siren berbunyi. Arahan pihak berkuasa keselamata­n akan terus dimaklumka­n kepada semua penduduk yang terlibat bencana,” katanya.

Yusop mengulas kejadian banjir yang mengakibat­kan 10 rumah di Kampung Pampang dihanyut arus akibat hakisan tebing Sungai Pampang yang banjir dan air melimpah pada petang Ahad.

Pada kejadian itu juga, jalan raya di Kampung Limbawan turut mengalami kerosakan akibat hakisan tebing runtuh banjir Sungai Pampang.

 ??  ??
 ??  ?? YUSOP
YUSOP
 ??  ?? KEADAAN hakisan tebing runtuh akibat banjir di Sungai Pampang menyebabka­n jalan Kampung Limbawan mengalami kerosakan teruk.
KEADAAN hakisan tebing runtuh akibat banjir di Sungai Pampang menyebabka­n jalan Kampung Limbawan mengalami kerosakan teruk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia