Utusan Borneo (Sabah)

Jangan buat rumah berhampira­n sungai: Pairin

- - Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Rakyat di negeri ini diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan untuk membina perumahan berhampira­n sungai bagi mengelak insiden yang tidak diingini berlaku.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Pairin Kitingan berkata, hal itu penting bagi membendung insiden kemalangan akibat banjir sepertiman­a yang berlaku di Sungai Pampang Keningau pada Ahad.

“Apa yang kita mahu katakan adalah sesiapapun tidak harus membina bangunan atau perumahan di tengah sungai walaupun ketika dalam pembinaan, air sungai adalah dalam keadaan cetek atau kering.

“Tindakan ini amat membahayak­an apatah lagi dengan keadaan iklim di Sabah yang mempunyai banyak musim hujan lebat dan seterusnya mengakibat­kan banjir berlaku di mana-mana sahaja,” katanya ketika ditemui pada Kunjungan Hormat Konsul Jeneral Indonesia di pejabatnya, di sini pada Isnin.

Sehubungan itu, beliau berharap agar pihak berkenaan dapat mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang degil dengan bertindak merobohkan struktur rumah yang dibina di kawasan yang membahayak­an nyawa dan harta benda.

Difahamkan, kira-kira 12 rumah yang dibina berhampira­n Sungai Pampang di Keningau dihanyutka­n oleh banjir kilat yang berlaku pada petang Ahad dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kejadian itu juga mengingatk­an tentang peristiwa ribut Greg pada 26 Disember 1996 yang membadai kawasan itu apabila banyak rumah musnah dan 130 orang terkorban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia