Utusan Borneo (Sabah)

Permohonan tubuh koperasi meningkat

Orang ramai semakin yakin peranan sektor koperasi

-

KOTA KINABALU: Orang ramai semakin yakin pada peranan sektor koperasi untuk meningkatk­an taraf sosioekono­mi dan kesejahter­aan rakyat di bandar mahupun luar bandar.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Ya h ya Hussin berkata, peningkata­n bilangan permohonan untuk menubuhkan koperasi daripada segenap lapisan masyarakat membuktika­n keyakinan orang ramai terhadap gerakan koperasi.

“Ini juga membuktika­n bahawa program pembudayaa­n dan ‘awareness’ yang dilaksanak­an oleh Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) berjaya membuka minda dan persepsi orang ramai bahawa sektor koperasi mampu memberi mereka ruang dan peluang untuk menikmati limpahan ekonomi setara dengan syarikat swasta yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Perundinga­n Koperasi

“Ini juga membuktika­n bahawa program pembudayaa­n dan ‘awareness’ yang dilaksanak­an oleh Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) berjaya membuka minda dan persepsi orang ramai bahawa sektor koperasi mampu memberi mereka ruang dan peluang untuk menikmati limpahan ekonomi ” setara dengan syarikat swasta yang lain. DATUK SERI PANGLIMA HAJI YAHYA HUSSIN Timbalan Ketua Menteri

Peringkat Negeri Sabah (MPKN) di TH Hotel pada Isnin.

Turut hadir ialah Pengarah S K M Negeri Sabah U m a r Sari m Haji Saidin, pegawai kanan kementeria­n Persekutua­n dan negeri, pemimpin sektor koperasi, ahli akademik dan wakil sektor swasta.

Yahya yang juga pengerusi MPKN Sabah berkata, MPKN mahu melihat koperasi-koperasi di Sabah lebih mampan dan mampu mengendali­kan perniagaan yang berpotensi, berdaya saing serta berjaya memartabat­kan gerakan koperasi dalam membantu meningkatk­an taraf sosio ekonomi serta kesejahter­aan rakyat.

Menurutnya, gerakan koperasi di Sabah sangat beruntung dan bangga kerana buat pertama kali dalam sejarahnya di negeri ini, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman telah memberii peluang gerakan koperasi di Sabah merasa agihan Bajet Negeri 2018.

Katanya, dana berbentuk pinjaman mudah sebanyak RM10 juta diberikan kepada Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Sabah Berhad

YA H YA menyerah a n replika cek bantuan kepada Setiausaha koperasi Keluarga Dehamboi Gunsak Kota Belud Berhad Slun Dueasim (kiri).

(Kopeks), manakala RM3 juta lagi diperuntuk­kan kepada koperasi yang baru memulakan perniagaan dalam bentuk geran pembanguna­n.

“Perkembang­an ini menunjukka­n betapa gerakan koperasi semakin mendapat pengiktira­fan sebagai sektor yang dapat membantu mengurangk­an kos sara hidup golongan berpendapa­tan rendah terutama golongan B40,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan mewakili gerakan koperasi negeri Sabah merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatin­an Musa terhadap perkembang­an dan pembanguna­n gerakan koperasi di negeri ini.

Sementara itu, Yahya berkata bilangan koperasi yang telah didaftarka­n sehingga 30 Jun 2017 ialah sebanyak 1,410 buah dengan kekuatan anggota seramai 318,891 orang.

“Jumlah modal syer dan yuran terkumpul sebanyak RM169.6 juta dan aset sebanyak RM774.5 juta. Manakala jumlah perolehan yang dicatatkan untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini ialah sebanyak RM199.1 juta. Perolehan ini mewakili 61.2 peratus daripada jumlah perolehan akhir tahun lepas yang berjumlah RM323.8 juta,” tambahnya.

Yahya turut menyerahka­n cek Bantuan Pembanguna­n Koperasi kepada dua koperasi iaitu Koperasi Keluarga Dehamboi Gunsak Kota Belud Berhad sebanyak RM40 ribu dan Koperasi Karanahan Kota Belud Sabah Berhad sebanyak RM50 ribu.

 ??  ?? YAHYA (bersongkok) bersama Umar (tiga dari kanan) semasa mesyuarat MPKN Sabah.
YAHYA (bersongkok) bersama Umar (tiga dari kanan) semasa mesyuarat MPKN Sabah.
 ??  ?? YAHYA menyerahka­n bantuan kepada Pengerusi Kop Karanahan Michael Asik.
YAHYA menyerahka­n bantuan kepada Pengerusi Kop Karanahan Michael Asik.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia