Utusan Borneo (Sabah)

Belia perlu berani teroka bidang pemasaran

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

TUNGKU: Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Dewan Undangan Negeri Tungku, Momen Angchai menyeru golongan belia berani menerokai bidang pemasaran demi memajukan produk kreatif mereka.

Menurutnya, sikap suka berdalih dengan mempunyai pelbagai alasan perlu disisihkan daripada diri belia kerana ia akan mematikan seni kreatif yang dimiliki.

“Dengan gerak kerja berpasukan dan semangat kerja yang bersungguh sungguh, benteng pasar anakan ditembusi kerana apabila kita bersatu mencapai matlamat ia akan menjadikan sesuatu yang mustahil dapat dilaksanak­an dengan lancar,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaia­n Sijil Program Keusahawan­an Kursus Seni Kreatif Simen Ferro Daerah Lahad Datu, di Dewan Sri Panglima Ladtang Kampung Segangan, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, pasaran perabot simen ferro misalnya mempunyai nilai komersil yang tinggi dan untuk menjadi mahir, belia perlu menerokai bidang itu dalam pelbagai cara.

Antaranya dengan menimba ilmu daripada pakar, mempelajar­inya dari pelbagai medium ilmu pengetahua­n termasukla­h memanfaatk­an penggunaan internet.

Momen berkata, untuk menjadi usahawan yang berjaya, tidak ada jalan pendek kerana pelbagai cabaran perlu dilalui dengan memiliki jatidiri seorang peniaga yang kuat.

“Ramai yang mengalah apabila diduga apatah lagi dengan kekangan modal namun sebenarnya ia bukanlah masalah kerana dengan mengetahui jalan keluar permasalah­an itu, ia dapat dikendalik­an dengan baik terutama melalui amalan pengendali­an kewangan yang betul,” katanya.

Pegawai Belia dan Sukan Daerah Lahad Datu Irwan Iskandar ketika berucap berkata sikap belia yang mengikuti kursus hanya semata-mata menjadikan­nya koleksi peribadi seumpama ‘menidurkan’ sijil.

“Jangan tidurkan sijil itu tapi cabarlah diri anda untuk menjadi belia yang berjaya. Kerajaan telah membelanja­kan sejumlah peruntukan demi membantu anda keluar berusaha dan seharusnya sijil anda itulah jalan permulaan anda berjaya,” katanya.

Kursus selama tiga hari itu dikendalik­an tenaga pengajar Kementeria­n Belia dan Sukan Azman Awang disertai 25 orang dengan mendedahka­n peserta teori dan praktikal menghasilk­an perabot simen ferro.

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta mengabadik­an kenangan bersama Irwan, Momen dan Azman.
SEBAHAGIAN peserta mengabadik­an kenangan bersama Irwan, Momen dan Azman.
 ??  ?? IRWAN dan Azman mengiringi Momen menyaksika­n pasu bunga simen ferro hasil buatan peserta kursus.
IRWAN dan Azman mengiringi Momen menyaksika­n pasu bunga simen ferro hasil buatan peserta kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia