Utusan Borneo (Sabah)

Jangan mudah berpuashat­i

Anggap kejayaan sebagai pendorong capai kecemerlan­gan

-

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor menasihatk­an jabatan dan agensi di bawah kementeria­nnya (KKTP) termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) agar jangan terlalu cepat berpuashat­i dengan prestasi mereka dan lalu ‘berehat’.

Malah tambah beliau, mereka harus menggangap kejayaan mereka sebagai pendorong untuk mencapai kecemerlan­gan yang lebih tinggi lagi.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) KKTP 2017, di sini pada Isnin.

Hajiji merujuk kepada kejayaanKK­TPdanbeber­apa PBT yang mendapat berbagai anugerah daripada Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutua­n melalui Jabatan Audit dan sebagainya, sehingga mendapat kepujian daripada Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan.

“Saya ucapkan tahniah kepada Setiausaha Tetap KKTP Datuk Ginun Yangus serta semua PBT yang mendapat anugerah termasukla­h lima bintang dan sebagainya.

“Syabas saya ucapkan. Namun saya berharap mereka tidak berhenti di situ sahaja. Jadikan lah kejayaan ini sebagai pendorong untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi lagi di tahun-tahun hadapan.

“Bagi jabatan atau agensi atau PBT yang belum menerima apa-apa anugerah, juga anggap lah kejayaan PBT lain sebagai satu dorongan,” tambah beliau.

Beliau menyeru PBT agar sentiasa menitikber­atkan atau mengutamak­an kebersihan dan kecantikan di kawasan perkadaran mereka.

“Jika kawasan perkadaran didapati kotor atau tidak teratur, maka ia boleh menjejaska­n imej PBT sehingga menidakan kejayaan atau anugerah tadi,” katanya.

Hajiji juga mengulangi arahannya sebelum ini agar PBT berikhtiar mencari kawasan lapang yang boleh dijadikan tempat meniaga khusus untuk pemuda sebagai penjaja atau pengusaha ‘Food Truck’ dan sebagainya.

“Ini adalah sejajar dengan hasrat TN50 dan seiring dengan arahan Ketua Menteri Sabah,” tambah beliau.

Di majlis itu, lebih seratus orang dari KKTP serta PBT seluruh negeri telah memperoleh­i APC. Mereka yangtelahb­ersaraatau­ditukar juga tidak dilupakan.

Hadir di majlis itu ialah Pembantu Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam, Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Mohammad Hj Alamin dan Presiden Tribunal Pembeli Perumahan Sabah Datuk Josie Bosi.

Turut hadir ialah Pengurus Besar LPPB George Liew, Pengarah Hal Ehwal Negeri Yusof Ag Ali dan Timbalan SUT KKTP Wong Foo Tin.

“Jika kawasan perkadaran didapati kotor atau tidak teratur, maka ia boleh menjejaska­n imej PBT sehingga menidakan kejayaan atau tadi.” anugerah DATUK SERI HJ HAJIJI HJ NOOR Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

 ??  ?? PEGAWAI Kerja Majlis Daerah Penampang Tang Yang Ming (tiga kiri) menerima Piala Pusingan Menteri daripada Hajiji, diperhatik­an oleh (dari kanan) Mohammad, Joachim, Ginun dan Wong.
PEGAWAI Kerja Majlis Daerah Penampang Tang Yang Ming (tiga kiri) menerima Piala Pusingan Menteri daripada Hajiji, diperhatik­an oleh (dari kanan) Mohammad, Joachim, Ginun dan Wong.
 ??  ?? DATIN Esther Lee yang bersara awal bulan ini menerima cendera kenangan dari Hajiji. Selain itu, Esther yang merupakan bekas ketua bahagian pentadbira­n KKTP juga diberi Anugerah Khas Menteri bagi Pekerja Dedikasi.
DATIN Esther Lee yang bersara awal bulan ini menerima cendera kenangan dari Hajiji. Selain itu, Esther yang merupakan bekas ketua bahagian pentadbira­n KKTP juga diberi Anugerah Khas Menteri bagi Pekerja Dedikasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia