Utusan Borneo (Sabah)

Usia Labuan bantu anak-anak ahli berkhatan

-

LABUAN: Seramai 40 anak ahli Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) Bahagian Labuan telah selesai menjalani program berkhatan beramai-ramai di Klinik Kesihatan, Membedai, Sabtu lalu.

Mereka yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 10 hingga 12 tahun merupakan anak-anak ahli daripada 10 Cawangan Usia di Bahagian Labuan.

Program tahunan anjuran Usia Bahagian Labuan itu mendapat kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Labuan, Klinik Kesihatan, Panel Penasihat Klinik Kesihatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan.

Majlis perasmian dan penyiraman air disempurna­kan bersama oleh Timbalan Ketua Usia Bahagian Labuan Haji Abd Rahman Lamudin, yang mewakili Ketua Usia Bahagian Labuan Haji Mohd Ali Bledram dengan Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.

Turut hadir, Penyelia Pasukan di Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Jawa PBK 1 Mohd Hafizrul Junaidi, Naib Ketua Usia Sahari Amdan, Ketua Wanita Usia Bahagian Labuan Hajah Rohani Haji Awang Tengah dan Ketua Belia Haji Yahya Bakri.

Abd Rahman yang juga Timbalan Pengerusi Tetap Usia Pusat berkata Usia Bahagian Labuan yang diterajui Mohd Ali Bledram akan terus membantu ibu bapa yang kurang berkemampu­an melaksanak­an program berkhatan kepada anak-anak ahli pertubuhan itu.

Katanya, menerusi program itu, ia dapat meringanka­n beban kewangan ibu bapa khususnya ahli Usia Bahagian Labuan.

“Usia Bahagian Labuan akan terus melaksanak­an program berkhatan beramairam­ai sempena musim cuti persekolah­an kepada anakanak ahli,” katanya.

Abd Rahman berharap menerusi program seumpama itu, masyarakat Islam akan mengenali dan mengetahui lebih lanjut peranan dan sumbangan Usia Bahagian Labuan kepada masyarakat setempat.

Katanya, program seumpana itu juga dapat mengeratka­n lagi hubungan antara ahli di 10 Cawangan Usia Bahagian Labuan.

“Malah program itu dapat merapatkan­hubunganan­tara Usia Labuan dengan Jabatan Kesihatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan,” katanya. Abd Rahman mengucapka­n terima kasih dan penghargaa­n kepada Mohd Ali yang juga Naib Yang Dipertua Usia Pusat yang sentiasa prihatin dengan kebajikan ahli di Bahagian Labuan.

“Pelbagai program telah dilaksanak­an oleh Usia Bahagian Labuan hasil komitmen dan kesungguha­n Mohd Ali yang mahu melihat syiar Islam terus berkembang di Wilayah Persekutua­n Labuan. Terima kasih juga kepada semua AJK Usia dan ibu bapa yang terlibat,” katanya.

 ??  ?? ABD RAHMAN dan Ismuni menyiram air pancutan kepada anak-anak Usia yang menyertai program berkhatan beramai-ramai.
ABD RAHMAN dan Ismuni menyiram air pancutan kepada anak-anak Usia yang menyertai program berkhatan beramai-ramai.
 ??  ?? ISMUNI (tiga kiri) menerima cenderamat­a daripada Abd Rahman sambil diperhatik­an Sahari (dua kiri) dan Mohd Hafrizul (dua kanan).
ISMUNI (tiga kiri) menerima cenderamat­a daripada Abd Rahman sambil diperhatik­an Sahari (dua kiri) dan Mohd Hafrizul (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia