Utusan Borneo (Sabah)

BN terus rancang program pembanguna­n, kata Sairin

- Oleh DELLROY

KENINGAU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus merancang program pembanguna­n untuk membantu rakyat yang kurang mampu bagi meningkatk­an taraf hidup dan keselesaan keluarga.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Haji Karno berkata, melalui jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan, pelbagai program bantuan disalurkan.

Antaranya adalah program baik pulih rumah yang menyasarka­n kepada keluarga yang kurang mampu.

Beliau yang juga Adun Liawan berkata demikian selepas meninjau pelaksanaa­n program baik pulih di Kampung Johan Jaya, Padang Tembak dan Linsosod pada Isnin.

Katanya, sebanyak 100 rumah dalam kawasan Parlimen Keningau terlibat dalam program itu.

“Pelaksanaa­n program baik pulihrumah­inidibiaya­iolehUnit Penyelaras­an dan Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan diselarask­an oleh pejabat daerah,” jelasnya.

Tambahnya, selain program baik pulih rumah yang disalurkan kepada ICU terdapat juga peruntukan yang disalurkan kepada Felcra dan Mara untuk membantu golongan yang kurang mampu.

Sempena lawatan itu, Sairin menyampaik­an bahan makanan dan hamper kepada keluarga yang terlibat.

Sementara itu, salah seorang penerima bantuan program baik pulih rumah di Kg Linsosod, Irwin Taibin berterima kasih kepada kerajaan kerana melaksanak­an program seumpama itu.

“Saya mewakili keluarga juga bererima kasih kepada wakil rakyat di kawasan ini Datuk Hj Sairin Hj Karno dan jabatanjab­atan berkaitan yang turut terlibat dalam pelaksanaa­n program ini,” katanya.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Liawan Sahahif Jamil dan Penolong Pegawai Daerah Keningau (Pembanguna­n) Ahmad Shah Sunoh.

 ??  ?? SAIRIN menyampaik­an bantuan barangan makanan kepada pemilik rumah yang dibaikpuli­h iaitu Michael Ignatius Simin di Kg Padang Tembak.
SAIRIN menyampaik­an bantuan barangan makanan kepada pemilik rumah yang dibaikpuli­h iaitu Michael Ignatius Simin di Kg Padang Tembak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia