Utusan Borneo (Sabah)

Jangan abai pendidikan agama anak-anak

-

MENUMBOK: Ibu bapa digesa supaya tidak mengabaika­n pendidikan agama kepada anak-anak mereka kerana ia penting untuk membentuk generasi muda menjadi rakyat yang baik.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort Mohd Fadzlee Abdullah berkata, pendidikan agama yang mendalam juga mampu melahirkan generasi berdisipli­n dan mempunyai nilai murni yang tinggi.

“Walau setinggi mana sekalipun pelajaran, jangan abaikan pendidikan agama kerana ia sangat penting untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi minda dan akhlaknya,” katanya ketika ditemui selepas mewakili Ketua Umno bahagain Beaufort Datuk Isnin Haji Aliasnih merasmikan majlis Sayangi Saudara Kita, Berkhatan Beramai Ramai di masjid Nur Ehsan Pekan Menumbok.

Program itu dianjurkan bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan ahli jawatankua­sa Masjid Nur Ehsan Menumbok di mana seramai 52 kanak-kanak sekitar daerah kecil ini menyertai program itu.

Mohd Fadzlee yang juga pengerusi Biro Pendidikan Umno bahagian Beaufort turut mengingatk­an ibu bapa betapa pentingnya pendidikan agama kepada anak-anak seiring dengan kepentinga­n pendidikan akademik.

Katanya modal insan yang perlu dilahirkan dalam memacu proses pembanguna­n negara adalah mereka yang seimbang dari segi minda dan akhlaknya dalam mendepani cabaran dunia yang semakin berubah.

“Ledakan kemajuan teknologi masa kini pesat berkembang maju pelbagai maklumat boleh diperolehi sekelip mata baik yang positif dan negatif.

“Justeru, anak-anak perlu dibekalkan ilmu agama secukupnya agar pemikiran mereka tidak mudah dipesongka­n,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Penolong Pegawai Daerah Menumbok Husin Nairon, wakil Pengarah Yadim Sabah Ustaz Ramlee Daud, Naib Ketua Umno Bahagian Beaufort Pg Jaapar Hj Pg Osman dan Pengerusi Masjid Nur Ehsan Ahmad Zinin.

Ramlee.

 ??  ?? MOHD FADLEE menyampaik­an cendera kenangan kepada
MOHD FADLEE menyampaik­an cendera kenangan kepada

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia