Utusan Borneo (Sabah)

Program jelajah Adun berterusan

-

PITAS: Program ‘Sayang Sabah’ jelajah bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pitas Datuk Bolkiah Haji Ismail ke Kampung Vunui, Sinanggip, Mandurian, Mangkabusu, Nibang dalam Pusat Daerah Mengundi (PDM) Saniton baru-baru ini mendapat sambutan masyarakat setempat.

Bolkiah menyampaik­an sumbangan peribadiny­a berupa makanan harian rumah ke rumah yang didaftarka­n sebagai golongan asnaf iaitu rakyat kategori miskin, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan yang lain difikirkan perlu.

“Kita menziarahi dan menyampaik­an sumbangan dengan ikhlas sebagai mengenang jasa baik mereka membantu kita bukan sahaja dalam pilihan raya umum (PRU) tetapi dari aspek yang lain.

“Kita tidak berhenti di sini malah akan terus ke kawasan lain dengan tujuan yang sama dan ini merupakan salah satu program wakil rakyat di negeri ini,” katanya.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian berkata jalan raya yang menghubung­i M e m paka d ke Ni bang melalui beberapa buah kampung yang dulunya amat teruk sekali yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.

Namun kini katanya jalan berkenaan bertukar wajah dan mudah untuk dilalui sekali pun dengan kenderaan kecil seperti Kancil.

“Sehubungan itu, saya menyeru kepada masyarakat berbilang kaum dalam PDM Saniton dan yang lain agar menghargai jasa dan pengorbana­n kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah membawa perubahan ketara terhadap rakyat di kawasan ini,” katanya.

Program jelajah bersama wakil raykat ini diiringi oleh Ketua Daerah Pitas Haji Juki Imam Nanuh mengetuai ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutua­n, Ketuaketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan Ketua-ketua Kampung dari PDM Saniton, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Pitas Zamrah Abnaha mengetuai Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) dan pengerusi-pengerusi JKKK.

Turut mengiring sayap kepimpinan Umno Bahagian Kudat diketuai oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kudat Norsalin Salam, Pengarah Perkasa Hotel yang juga mantan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kudat Dato’ Shariff Sahar Shariff Ading.

 ??  ?? BOLKIAH turut menyampaik­an sumbangan kepada warga emas yang juga ibu tunggal Ramisan Saliam.
BOLKIAH turut menyampaik­an sumbangan kepada warga emas yang juga ibu tunggal Ramisan Saliam.
 ??  ?? BOLKIAH menyampaik­an sumbangan kepada seorang warga emas Dukolai Saliam, 94, sambil disaksikan Juki, Zamrah dan yang lain.
BOLKIAH menyampaik­an sumbangan kepada seorang warga emas Dukolai Saliam, 94, sambil disaksikan Juki, Zamrah dan yang lain.
 ??  ?? BOLKIAH menyampaik­an sumbangann­ya kepada Nelson Matigap (berkerusi roda), disaksikan Zamrah (kiri) dan Jamaul.
BOLKIAH menyampaik­an sumbangann­ya kepada Nelson Matigap (berkerusi roda), disaksikan Zamrah (kiri) dan Jamaul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia