Utusan Borneo (Sabah)

Ambil tenaga kerja OKU

Bantu capai Dasar 1 Peratus pembabitan golongan itu

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Tindakan menggaji orang kurang upaya (OKU) dapat membantu menambah peratusan penggunaan tenaga kerja sekaligus mencapai sasaran Dasar Satu Peratus pembabitan golongan itu dalam pekerjaan.

Ketua Umno Cawangan Kampung Sri Hak 1 Dr Zarina Shaik Mohamed Daud berkata, belum ramai OKU diserap bekerja bagi memenuhi satu peratus kuota OKU itu kerana masih ramai lagi majikan tidak tahu manfaat yang bakal diterima jika mengambil tenaga kerja berkenaan.

“Sekiranya golongan OKU diambil bekerja, banyak manfaat yang diterima majikan termasukla­h penguranga­n hasil cukai pendapatan. Secara tidak langsung, kita akan mencapai Dasar Satu Peratus penempatan pekerjaan untuk OKU,” katanya ketika melakukan kunjungan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Harapan Kasih, di sini pada Isnin.

Ia turut dihadiri oleh Naib Pengerusi Parti Gerakan Silam Nicholas Voo Vune Kett, Ketua Wanita Parti Gerakan Marlina Macpee dan Timbalan Pengerusi PDK Harapan Kasih Tham Sai Tung.

Pada majlis itu, seramai 30 kanak-kanak dan dewasa istimewa di PDK berkenaan menerima sumbangan peribadi berupa keperluan makanan dapur daripada Zarina dengan kerjasama Parti Gerakan Bahagian Silam.

Zarina yang juga seorang pegawai kesihatan klinik swasta turut menasihati wanita yang berkeingin­an untuk memiliki zuriat mengutamak­an pengambila­n Folic Acid kerana ia penting untuk perkembang­an urat saraf yang boleh mengelakka­n kecacatan seperti Cleft Palate dan Spina Bifida.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru kepada ibu bapa dan masyarakat agar sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada individu OKU kerana golongan itu diyakini mampu berjaya kelak.

“Ibu bapa yang mempunyai anak OKU jangan anggap anak-anak ini sebagai malapetaka atau memalukan sebaliknya menganggap ia sebagai satu ujian dan cabaran. Malah, sering memberikan

kasih sayang, masa yang banyak dan dorongan pada mereka.

“Selain itu, persepsi mentaliti positif daripada ibu bapa dan masyarakat sekitar sangat diperlukan untuk anak-anak OKU kerana mereka akan membuat yang terbaik dan sempurna untuk berjaya,” katanya mengambil contoh seorang wanita sindrom down yang berjaya menjadi doktor iaitu Dr Karen Gaffney.

“Sekiranya golongan OKU diambil bekerja, banyak manfaat yang diterima majikan termasukla­h penguranga­n hasil cukai pendapatan. Secara tidak langsung, kita akan mencapai Dasar Satu Peratus penempatan pekerjaan untuk OKU. DR ZARINA SHAIK MOHAMED DAUD Ketua Umno Cawangan Kampung Sri Hak 1

 ??  ?? ZARINA bersama Nicholas, Marlina dan Tham merakamkan album kenangan bersama kanak-kanak istimewa di PDK Lahad Datu.
ZARINA bersama Nicholas, Marlina dan Tham merakamkan album kenangan bersama kanak-kanak istimewa di PDK Lahad Datu.
 ??  ?? ZARINA diiringi Nicholas dan Marlina menyampaik­an sumbangan peribadi kepada kanak-kanak istimewa di PDK Lahad Datu.
ZARINA diiringi Nicholas dan Marlina menyampaik­an sumbangan peribadi kepada kanak-kanak istimewa di PDK Lahad Datu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia