Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 700 masyarakat Silam sertai Larian 100 Tahun Industri Sawit 2017

-

LAHAD DATU: Kira-kira 700 peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk wakil sektor komoditi, kakitangan jabatan kerajaan dan swasta, dan pelajar dari daerah ini menyertai Larian 100 Tahun Industri Sawit 2017 sejauh 6 kilometer yang bermula dan berakhir di Kompleks Sukan Lahad Datu.

Larian yang buat julung kalinya diadakan di Malaysia telah disempurna­kan perasmiann­ya oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC) Datuk Datu Nasrun Datu Mansur dan larian itu diadakan secara bersiri bermula di Lahad Datu, Sabah dan seterusnya di Putrajaya dan Kuching, Sarawak.

Nasrun berkata Larian 100 Tahun Industri Sawit 2017 itu merupakan anjuran MPIC di bawah agensi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sempena sambutan ulang tahun ke-100 penanaman sawit secara komersil bagi negara ini pada tahun 1917.

“MPIC dan agensi di bawahnya seperti MPOB, MPOC dan MPOCC menganjurk­an pelbagai aktiviti sempena sambutan 100 Tahun Industri Sawit Negara meliputi majlis pelancaran oleh YAB Perdana Menteri pada 18 Mei lalu, pengeluara­n setem dan siling peringatan, penerbitan buku bergambar ‘coffee table book’ dan program publisiti bagi memberi pendedahan meluas industri sawit sebagai tonggak komoditi utama negara yang menyumbang kepada pembanguna­n ekonomi negara,” katanya.

Dalam pada itu, Nasrun berkata pemenang larian itu turut menerima hadiah berupa produk yang berasaskan sawit seperti minyak sawit merah Carotino, dan minyak masak Smart Balance di samping hadiah barangan elektrik, medal dan sijil penyertaan.

Pelbagai acara sampingan turut diadakan oleh penganjur sepanjang program berlangsun­g seperti pameran, kuiz sawit bagi pendedahan maklumat industri sawit khususnya kegunaan dan khasiat pemakanan minyak sawit.

 ??  ?? NASRUN menyampaik­an hadiah kepada pemenang kategori terbuka wanita.
NASRUN menyampaik­an hadiah kepada pemenang kategori terbuka wanita.
 ??  ?? NASRUN bergambar kenangan bersama para peserta Larian 100 Tahun Industri Sawit.
NASRUN bergambar kenangan bersama para peserta Larian 100 Tahun Industri Sawit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia