Utusan Borneo (Sabah)

250 pelajar Labuan terima bantuan Pekema Sabah

-

LABUAN: Seramai 250 pelajar sekolah rendah dan menengah di Wilayah Persekutua­n Labuan telah menerima bantuan peralatan persekolah­an sempena Program Back To School anjuran Pekema Sabah (Persatuan Pengimport Kenderaan Melayu Malaysia) di Dewan Komuniti Kampung Sungai Lada, baru-baru ini.

Seramai 125 pelajar sekolah rendah dan menengah menerima bantuan itu yang dipilih daripada 27 kampung yang disenaraik­an oleh ketua kampung dalam kalangan yang kurang berkemampu­an.

Murid sekolah rendah menerima beg sekolah dan alat tulis manakala pelajar sekolah menengah menerima beg sekolah dan kamus dwi bahasa.

Majlis penyerahan bantuan disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli.

Turut hadir, AJK Pekema Sabah Haji Mazlan Haji Mohd Din, Ketua Penolong Pengarah BTPN Labuan Awang Marten Abd Rahman, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Rahimah Haji Lamat, Pengerusi MPP Omar Masir dan ketua-ketua kampung.

Mazlan ketika menyampaik­an ucapan alu-aluannya berkata Program Bantuan Back To School diadakan setiap tahun di Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

Katanya, program itu masih diteruskan walaupun menghadapi kegawatan ekonomi ketika ini.

“Ia merupakan program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Pekema Sabah sebagai badan korporat bagi membantu golongan yang kurang berkemampu­an dan membantu kerajaan dalam usaha meringanka­n beban rakyat yang kurang berkemampu­an,” katanya.

Tambahnya, Pekema Sabah juga menyediaka­n pelbagai bantuan lain seperti bantuan kepada rumah anak yatim, mangsa kebakaran, bantuan pendidikan, saudara baru dan golongan asnaf.

Sementara itu, Rozman berterima kasih kepada Pekema Sabah kerana menganjurk­an program Back To School khusus untuk WP Labuan sekaligus membantu beliau dalam usaha memberikan bantuan kepada pelajar yang kurang berkemampu­an.

Beliau yang juga pengerusi Perbadanan Labuan menyeru kepada semua pelajar agar berusaha bersungguh­sungguh dalam pelajaran agar mencapai kejayaan untuk masa hadapan dan menjadi penyumbang pula pada suatu hari nanti kepada agama, bangsa dan negara.

Rozman yang juga mantan Presiden Pekema Sabah menzahirka­n ucapan terima kasih kepada Mazlan yang berusaha membawa program Back To School itu ke WP Labuan dan mengharapk­an agar ia boleh diteruskan pada masa akan datang.

“Saya berharap Pekema Sabah akan mempelbaga­ikan lagi bentuk bantuan untuk warga WP Labuan. Terima kasih saya ucapkan kepada Pekema Sabah yang membantu meringanka­n beban ibu bapa yang kurang berkemampu­an,” katanya.

 ??  ?? ROZMAN (empat kiri) dan Mazlan (tiga kanan) bersama murid sekolah rendah yang menerima bantuan.
ROZMAN (empat kiri) dan Mazlan (tiga kanan) bersama murid sekolah rendah yang menerima bantuan.
 ??  ?? PELAJAR sekolah menengah bersama Rozman (tengah) dan Mazlan pada program Back To School.
PELAJAR sekolah menengah bersama Rozman (tengah) dan Mazlan pada program Back To School.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia