Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat punyai harapan besar terhadap ekonomi digital

Usaha kerajaan negeri akan membantu pemasaran produk IKS

-

MUKAH: Rakyat Sarawak mempunyai harapan besar terhadap dasar ekonomi digital yang diperkenal­kan kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tellian Yussibnosh Balo berkata, pemasaran produk industri kecil dan sederhana (IKS) secara digital akan membantu meningkatk­an taraf hidup penduduk luar bandar.

“Jika ekonomi digital dibangunka­n, penduduk luar bandar tidak payah lagi bersusah payah membawa produk mereka ke bandarband­ar besar semata-mata untuk menjualnya,” katanya pada Majlis Penutupan Karnival Bermukun Mukah 2017, baru-baru ini.

Yussibnosh berkata, secara langsung penduduk akan dapat memasarkan produk IKS mereka bukan sahaja ke serata Sarawak, malah turut ke luar negara.

“Produk IKS kita secara sekelip mata akan dapat dipasarkan ke seluruh dunia dengan adanya ekonomi digital,” jelasnya.

Beliau memberikan contoh syarikat poerusahaa­n dalam talian seperti Lazada dan AliBaba yang kini menjadi pelopor perniagaan secara atas talian di seluruh dunia.

Ini, katanya, adalah satu contoh terbaik dan perlu diikuti dengan kewujudan ekonomi digital yang ditekankan oleh kerajaan di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Justeru, beliau amat bersyukur dan berterima kasih atas kepimpinan terdahulu yang melaksanak­an pelbagai dasar ekonomi bermanfaat yang berjaya membawa kemakmuran­sertakeama­nan negeri sehingga sekarang.

Mengenai program Karnival Bermukun Mukah 2017, Yussibnosh berkata ia adalah salah satu tarikan unik yang ada pada kebudayaan Sarawak dan boleh menjadi tarikan dalam industri pelanconga­n.

Turut hadir Residen Mukah Awang Johari Awang Mustapha selaku pengerusi penganjur karnival, Timbalan Residen Jack Aman Luat, Pegawai Daerah Mukah Safri Saili dan Ketua Masyarakat Mukah Temenggung Hendy Suhai.

“Jika ekonomi digital dibangunka­n, penduduk luar bandar tidak payah lagi bersusah payah membawa produk mereka ke bandar-bandar besar semata-mata untuk menjualnya. ” TELLIAN YUSSIBNOSH BALO Ahli Dewan Undangan Negeri

 ??  ?? YUSSIBNOSH (tengah) menerima replika gendang daripada Awang Johari (dua kanan) disaksikan yang lain pada majlis tersebut.
YUSSIBNOSH (tengah) menerima replika gendang daripada Awang Johari (dua kanan) disaksikan yang lain pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia