Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan Kuick diseru biasakan diri dengan ekonomi digital

-

SIBU: Kelab Usahawan Ikhtiar Cawangan dan Kesukarela­wan (Kuick) Wilayah Sarawak Tengah diseru membiasaka­n diri dengan ekonomi digital yang merupakan kaedah moden dalam urusan jual beli masa kini.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Romeo Christophe­r Tegong berkata, salah satu kaedah yang boleh dipraktikk­an para usahawan Kuick adalah dengan memanfaatk­an kelebihan laman media sosial seperti Facebook dan Instagram, serta aplikasi permesejan WeChat dan sebagainya.

“Dewasa ini, banyak kaedah yang boleh kita gunakan untuk memasarkan produk keluaran kita dan salah satunya adalah dengan menggunaka­n media sosial.

“Ia merupakan jalan terbaik untuk mengetenga­hkan produk kita ke dunia luar dan menerusi kaedah ini, para usahawan mampu memperoleh keuntungan berlipat ganda,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Himpunan Usahawan Bersempena 20 Tahun Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Dewan Kompleks Islam Sibu, di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, ilmu keusahawan­an perlu dipelajari dengan lebih mendalam tanpa mengira usia.

Ini kerana, kepentinga­n mempelajar­i sesuatu seperti menggunaka­n media sosial sebagai salah satu cara memasarkan produk adalah dituntut dan selari hasrat kerajaan negeri untuk beralih kepada kuasa ekonomi digital, tambah beliau.

Berhubung program tersebut, ia merupakan anjuran Kuick Wilayah Tengah Sarawak iaitu gabungan enam kelab usahawan merangkumi Betong, Saratok, Sarikei, Sibu, Daro dan Mukah.

Justeru, Romeo merakamkan ucapan syabas kepada keenam-enam kelab usahawan terbabit kerana telah berjaya menganjurk­an program tersebut.

“Saya berharap dengan adanya pelantar himpunan usahawan seperti ini, ia dapat melahirkan usahawan berjaya yang bijak dalam apa jua bidang,” katanya.

Hadir sama Pengarah Bahagian Pembiayaan dan Pengurusan Bajet Mohd Ramdani Kassim merangkap Ketua Zon Sarawak AIM Pengurus Wilayah AIM Wilayah Sarawak Tengah Roslan Pakon dan pengerusi pengelola merangkap Pengerusi Kelab Wanita Ikhtiar Sibu Haptiah Bairi.

 ??  ?? ROMEO(tigakiri)bersamaRam­dani (dua kiri), Roslan (dua kanan) dan yang lain memotong kek sebagai simbolik perasmian Himpunan Usahawan Bersempena 20 Tahun AIM.
ROMEO(tigakiri)bersamaRam­dani (dua kiri), Roslan (dua kanan) dan yang lain memotong kek sebagai simbolik perasmian Himpunan Usahawan Bersempena 20 Tahun AIM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia