Utusan Borneo (Sabah)

Perayaan bentuk muhibah, persefaham­an antara kaum

-

MIRI: Pelbagai aktiviti boleh dianjurkan sempena perayaan, selain mengekalka­n tradisi rumah terbuka untuk mengukuhka­n semangat perpaduan dan muhibah dalam kalangan masyarakat tempatan yang berbilang kaum.

Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau Datuk Sebastian Ting berkata, aktiviti yang diadakan sempena sesuatu perayaan juga dilihat meningkatk­an persefaham­an.

“Bukan sahaja tradisi kunjung mengunjung dan menghidang­kan juadah kepada para tetamu, bahkan mengekalka­n perpaduan juga harus terus dipupuk dengan pelbagai aktiviti yang saling memberi manfaat,” jelasnya.

Ting berkata demikian selepas merasmikan majlis Program Warga Ceria Fitness Pra-Krismas 1 Malaysia anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Bahagian Miri dan Transforme­r Fitness Bootcamp (TFC FIT) Miri di Dataran Kipas Miri, petang Jumaat lalu.

Ting turut mengingatk­an masyarakat agar bersederha­na dan lebih menjaga kesihatan khususnya dalam pengambila­n makanan dan minuman pada musim perayaan.

Mengulas mengenai program berkenaan, Ting mahu lebih banyak aktiviti kesihatan diadakan dalam usahamenin­gkatkankes­edaran masyarakat mengenai kepentinga­n menjaga kesihatan masing-masing.

“Adalah penting untuk kita mengamalka­n gaya hidup sihat yang lebih aktif dan bertenaga dengan bersenam setiap hari, bukan sahaja untuk meningkatk­an kesihatan tetapi juga untuk keceriaan kehidupan kita,” tambahnya.

Pada majlis terbabit, Ting turut menyaksika­n menyampaik­an sumbangan daripada Jasa Miri dan TFC FIT kepada Pusat Paliatif Miri melalui aktiviti tersebut untuk tujuan kebajikan, selain sempena Krismas.

 ??  ?? DAYANG mewakili Jasa Miri dan TFC FIT Miri menyampaik­an sumbangan kepada wakil Pusat Paliatif Miri sambil diperhatik­an Ting (tengah), Adenan (dua kanan) serta yang lain.
DAYANG mewakili Jasa Miri dan TFC FIT Miri menyampaik­an sumbangan kepada wakil Pusat Paliatif Miri sambil diperhatik­an Ting (tengah), Adenan (dua kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia