Utusan Borneo (Sabah)

Projek naik taraf siap Mei 2020

Menjadikan Hospital Tawau termoden di pantai timur

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Projek mega naik taraf Hospital Tawau yang dijadual siap sepenuhnya menjelang pertengaha­n Mei 2020 akan menjadikan­nya hospital termoden di pantai timur Sabah.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata projek bernilai RM223.64 juta (Rancangan Malaysia Ke-11) itu dijangka mampu menampung keperluan pesakit yang kian meningkat.

“Menerusi projek ini, kerajaan berharap masyarakat Tawau akan dapat menikmati manfaat perkhidmat­an perawatan kesihatan yang lebih berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena majlis pecah tanah projek itu di tapak seluas kirakira 1.9 ekar dalam kawasan sedia ada Hospital Tawau, di sini pada Isnin.

Menurutnya, pelaksanaa­n projek terbabit juga menunjukka­n komitmen kerajaan bahawa tidak ada daerah atau bandarband­ar yang dipinggirk­an di dalam pembanguna­n negara.

“Hospital Tawau sebagai hospital kluster menjadi rujukan hospital-hospital seperti Semporna, Lahad Datu, Kunak dan Sandakan, bahkan negara jiran, Indonesia,” katanya.

Ali berkata antara yang dinaik taraf, 401 kapasiti katil hospital kepada 555 katil dan pertambaha­n kemudahan lain seperti enam dewan pembedahan dan 38 bilik klinik pakar baharu.

Menurutnya, Jabatan Kecemasan dan Trauma dan Jabatan Radiologi akan dinaiktara­f dengan kemudahan dan perkhidmat­an lebih canggih serta terkini.

“Misalnya, melalui penambahan perkhidmat­an baharu seperti Endoscopy Suites, penambahan aset MRI dan mesin Mammogram,” katanya.

Turut diberi perhatian, perkhidmat­an sokongan perubatan seperti Pharmacy DriveThru, Total Parental Nutrition, Cytotoxic Drug Reconstitu­tion dan Respirator­y Hemodynami­c Unit.

Ia termasukla­h menaik taraf Bahagian Latihan dan Pembelajar­an dan juga Bahagian Pentadbira­n dengan kemudahan Unit Pendidikan Pesakit, Perpustaka­an, Makmal Kemahiran, Quality and Research Centre dan auditorium yang mampu memuatkan 250 peserta dan bilik seminar berkapasit­i 80 orang.

Mengulas lanjut, Ali berkata pihak hospital juga mengadakan rundingan dengan Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) untuk mendapatka­n 440 petak parkir kereta.

“Pada masa hadapan, kita akan memikirkan cadangan untuk kemungkina­n membina bangunan tempat letak kereta bertingkat dilengkapi kemudahan diperlukan,” katanya.

Menerusi projek ini, kerajaan berharap masyarakat Tawau akan dapat menikmati manfaat perkhidmat­an perawatan kesihatan yang lebih berkualiti.

TAN SRI DR ALI HAMSA Ketua Setiausaha Negara

 ??  ?? ALI menyempurn­akan acara simbolik majlis pecah tanah projek mega menaik taraf Hospital Tawau.
ALI menyempurn­akan acara simbolik majlis pecah tanah projek mega menaik taraf Hospital Tawau.
 ??  ?? ALI (tengah) menjawab soalan pemberita pada sidang media.
ALI (tengah) menjawab soalan pemberita pada sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia