Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar Politeknik Brunei Darussalam lawat HQE

- Politeknik Brunei Darulssala­m merakamkan gambar kenangan semasa lawatan itu.

KOTA KINABALU: Lebih 20 pelajar Politeknik Jurusan Sains Kesihatan Paramedik Brunei Darulssala­m berpeluang mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada Isnin.

Dalam lawatan itu, para pelajar telah diberi taklimat berhubung perkhidmat­an dan pengurusan hospital khususnya perkhidmat­an rawatan kes kecemasan dan trauma serta penjelasan berkaitan operasi dan dasar kualiti hospital.

Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HQE Dr Ahmad Hasyim ketika menerima kunjungan dan meraikan kehadiran pelajar berharap lawatan berkenaan memberi

PELAJAR

peluang kepada para pelajar untuk memahami proses pengurusan organisasi kesihatan peringkat negeri termasukla­h di pelbagai zon rawatan hospital secara keseluruha­n.

Bagi tujuan pendedahan, para pelajar turut dibawa melawat ke beberapa wad rawatan kecemasan merangkumi ke Zon Kritikal dan Separa Kritikal serta menerima taklimat daripada para doktor serta pegawai perubatan berhubung perawatan dan perubatan mengikut protokol terkini.

Hadir pada lawatan itu adalah pensyarah Universiti Brunei Darussalam Rozita haji Tamin serta Hajjah Siti Zaliha Haji Noordin selaku pensyarah jurusan paramedik Politeknik Brunei Darussalam.

Ketua Unit Komunikasi Korporat Hospital Geraldine Voo serta Penolong Pegawai Penerangan HQE Mohd Saufi Omar hadir sama mengiringi rombongan sepanjang lawatan berlangsun­g.

 ??  ??
 ??  ?? ROZITA (tiga dari kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Dr Ahmad.
ROZITA (tiga dari kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Dr Ahmad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia