Ujian doping
12 Dis lepas mengumumkan kegagalan ujian doping melibatkan Kumar.
“Kumar dikesan menggunakan bahan terlarang Sibutramine dalam ujian sampel air kencing yang dilakukan Agensi AntiDoping Dunia (WADA),” katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.
Justeru, Subahan berkata buat masa ini, Kumar akan digantung sementara daripada terbabit dengan sebarang aktiviti hoki selama dua tahun, dengan sesi pendengaran dijangka diadakan pada Januari tahun depan.
Dalam pada itu, Subahan berkata KHM sentiasa berada di belakang Kumar untuk memberi sokongan moral dan akan bekerjasama dengan Adamas bagi mendapatkan khidmat nasihat untuk menyelesaikan perkara itu dengan jalan terbaik.
“Kumarmerupakanpemain berdisiplin dan sudah lama berkhidmat bersama skuad kebangsaan, pastinya kita akan memberi sokongan dan bantuan sekiranya diperlukan.
“Kalau kita lihat pada surat FIH, bahan terlarang dikesan pada Kumar juga adalah pada kadar sedikit ataupun ringan dan ia bukanlah bahan yang digunakan untuk meningkatkan prestasi sebaliknya hanya sebagai bahan untuk pelangsingan badan,” katanya.
Sementara itu, Dr Ramlan berkata kejayaan Malaysia muncul naib juara Piala Asia 2017, bagaimanapun tidak terjejas kerana kegagalan ujian doping itu hanya melibatkan seorang pemain.
“Menurut peraturan WADA, keputusan sesuatu pasukanhanyaakandibatalkan sekiranya terdapat dua orang dan ke atas yang gagal dalam ujian doping.
“Jadi dalam hal ini, kedudukan pasukan negara masih lagi selamat dan keputusan naib juara itu kekal dan tidak akan dibatalkan,” katanya. - Bernama