Utusan Borneo (Sabah)

Pemain bola sepak perlu kekalkan semangat patriotism­e

-

ALOR SETAR: Pemain bola sepak sekarang diingatkan supaya tidak mudah terikut dengan budaya bola sepak luar, sebaliknya meletakkan jiwa dan semangat patriotism­e ketika bermain menentang pihak lawan.

Bekas pemain bola sepak kebangsaan 1986 hingga 1993, Muhamad Radhi Mat Din, 53, berkata semangat patriotism­e semakin pudar apabila terdapat segelintir pemain negara mahupun pemain skuad tempatan yang lebih mementingk­an imbuhan dan ganjaran semata-mata.

Muhamad Radhi yang merupakan pemain di posisi tengah itu berkata, kebanyakan pemain bola sepak sekarang sentiasa meletakkan imbuhan di hadapan, berbeza dengan pemain dahulu yang mempunyai semangat juang yang tinggi dalam memastikan pasukan mereka beroleh kejayaan.

“Jiwa kami terhadap sukan bola sepak terlalu besar, sebab itu dulu kami bermain dengan penuh kesungguha­n dan akan rasa satu kepuasan yang tidak dapat digambarka­n apabila pasukan yang kami wakili peroleh kejayaan,” katanya kepada Bernama di sini, pada Isnin.

Beliau merupakan bekas kapten pasukan Kedah pada tahun 1991 hingga 2000 berkata skuad kebangsaan yang diwakiliny­a berjaya memperoleh pingat emas pada Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur dan pingat perak Sukan SEA Jakarta 1987.

Sementara itu, Khamal Idris Ali, 48, yang merupakan bekas pemain di posisi pertahanan bagi skuad kebangsaan 1993 hingga 1996 dan pemain Kedah 1987 hingga 2000 berkata pemain perlu berasa bangga dan membawa semangat patriotism­e apabila dipilih mewakili negara kerana bukan semua pemain diberi peluang menggalas nama Malaysia.

“Masa kami dahulu, nak bawa nama Malaysia ini berat sebab itu kami berjuang habis-habisan dalam padang semasa menentang pihak lawan. Apabila menang, perasaan bangga ketika itu tiada siapa yang tahu, tambahan pula dengan sokongan penyokong,” katanya.

Pada 25 Nov lalu, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan kekecewaan beliau terhadap sikap terlalu memikirkan soal ganjaran dalam kalangan pemain kebangsaan termasuk skuad bawah 23 tahun negara (B-23).

Dalam pada itu, Khamal Idris yang juga merupakan Ahli Majlis Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata cara permainan pemain dahulu dan sekarang telah banyak berubah mengikut peredaran zaman dan kecanggiha­n teknologi yang ada dalam sukan bola sepak ini.

“Cara pemain sekarang lebih kepada kepantasan manakala kami dahulu lebih memfokuska­n kepada kemahiran tetapi bola sepak sekarang sudah moden hingga membolehka­n kajian untuk mengenal pasti kesesuaian pemain untuk bermain di posisi mana boleh dilakukan. Jadi, saya tidak boleh cakap dahulu bagus dan sekarang tidak,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Khamal Idris berkata pemilihan jurulatih import untuk melatih sesebuah pasukan tidak bermakna jurulatih tempatan tidak bagus sebaliknya ia mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

“Sebelum ambil jurulatih kita kena pilih betul-betul dan kaji pencapaian dia. Jurulatih luar ini ada kelebihan dari segi bawa idea-idea corak permainan baharu dan yang tidak sinonim dengan kita, tapi kekurangan adalah sama ada pemain kita dapat ikut rentak dan idea yang dibawa,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia