Utusan Borneo (Sabah)

Dua gol Suarez, Paulinho kembalikan kelebihan selesa Barca di singgahsan­a

-

MADRID, Sepanyol: Barcelona membuka kembali kelebihan 11 mata di singgahsan­a La Liga Sepanyol menjelang pertemuan El Clasico menentang Real Madrid selepas Luis Suarez dan Paulinho masingmasi­ng menjaringk­an dua gol ketika membelasah Deportivo La Coruna 4-0 Ahad lepas.

Lionel Messi juga menyaksika­n satu tendangan penalti beliau ditepis penjaga gol lawan dan tiga cubaan lain terkena palang ketika Barca kembali menjarakka­n kedudukan dengan enam mata dari pencabar terdekat di tangga kedua, Atletico Madrid.

Real kekal di tangga keempat tetapi kurang satu perlawanan kerana beraksi pada Piala Dunia Kelab di Abu Dhabi minggu lepas.

“Saya tahu orang terlalu membezakan di antara kami dengan Real Madrid tetapi Atletico hanya enam mata di belakang kami,” kata jurulatih Barca, Ernesto Valverde.

“Tidak kira apa yang berlaku Sabtu ini (menentang Real Madrid), masih ada banyak lagi perlawanan dalam La Liga.”

Satu-satu kekecewaan buat Barca ialah kecederaan Paco Alcacer, yang dijangka tidak akan beraksi sehingga tiga minggu.

Messi mempamerka­n anugerah bola emas keempat beliau – selepas menjadi penjaring terbanyak liga utama di Eropah – sebelum sepak mula dan tidak percaya tuah tidak memihak kepadanya Ahad lepas apabila tiga cubaannya terkena palang untuk kali ke-14 sepanjang musim ini tetapi beliau masih memainkan peranan meng-

dianugerah­kan sepakan penalti selepas Ruben menjatuhka­n Suarez (kanan) dalam petak penalti ketika bersaing pada perlawanan di Nou Camp, Barcelona Ahad lepas.

— Gambar AFP hasilkan tiga dari empat gol Barca.

Ketangkasa­n penjaga gol Ruben Martinez juga menafikan tendangan penalti Messi dan satu cubaan Aleix Vidal di awal permainan sebelum Messi mengumpan bola kepada Suarez untuk membuka jaringan pada minit ke-29.

Messi kemudian melihat cubaannya terkena palang dan satu lagi rembatan juga terkena palang sebelum Paulinho menjadikan kedudukan 2-0 sebelum rehat.

Suarez memikirkan beliau menjaringk­an gol ketiga tidak lama selepas itu apabila bola kelihatan sudah melepasi garisan pintu gol.

Tetapi, untuk kali kedua dalam kurang dari sebulan, Barca dinafikan gol kerana ketiadaan teknologi garisan pintu gol.

“Saya boleh melihat dengan jelas dari kedudukan saya di mana bola sudah melepasi garisan pintu gol,” kata Suarez.

Beliau bagaimanap­un menebus kehampaan itu dua minit selepas rehat dengan gol kedua peribadi dan ketiga perlawanan dari umpanan Sergi Roberto.

Messi melihat cubaan ketiganya terkena palang Paulinho melengkapk­an jaringan.

Pada perlawanan lain, Villarreal bangkit dari tiga kekalahan berturut-turut apabila menewaskan Celta Vigo 1-0 menerusi gol Pablo Fornals.

Kemenangan membolehka­n Villarreal memintas Girona di tangga keempat liga sementara Las Palmas seri 2-2 dengan Espanyol untuk kekal di tangga terbawah liga. — AFP

 ??  ?? BARCA
BARCA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia