Utusan Borneo (Sabah)

Klopp sasar empat tangga teratas liga

-

BOURNEMOUT­H, England: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui Manchester City hampir pasti sukar untuk dikejar di singgahsan­a Liga Perdana Inggeris tetapi beliau pastinya berasa gembira untuk menamatkan musim di empat tangga teratas liga.

Gol dari Philippe Coutinho, Mohamed Salah, Dejan Lovren dan Roberto Firmino melonjak Liverpool ke tangga keempat liga.

Mereka bagaimanap­un ketinggala­n 18 mata di belakang City tetapi Klopp berasa gembira dengan prestasi semasa pasukannya ketika mereka memburu kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

“Bolehkah City dikejar? Saya tidak tahu, saya tidak mempunyai bola kristal (tukang ramal). Tetapi jika mereka bergelut, seperti pemain berkualiti mereka hilang rentak, maka ada pasukan yang bersedia mengambil peluang,” kata Klopp.

“Saya tidak melihat ia berlaku tetapi jika pasukan berhenti berusaha ketika ini, saya tidak akan berada di sini.

“Kami mempunyai banyak lagi perlawanan untuk diharungi. Ia benar-benar sukar dalam liga ini dan anda memerlukan mata yang cukup banyak pada akhir musim untuk mendapatka­n sesuatu.

“Banyak pasukan dalam keadaan yang bagus tetapi City terus memenangi perlawanan mereka.”

Kemenangan Liverpool ke atas Bournemout­h, kemenangan keempat berturut-turut di gelanggang lawan, membolehka­n Liverpool hanya kurang empat mata di belakang pasukan di tangga ketiga, Chelsea.

Mereka mengumpul 34 mata dari 18 perlawanan, berada di landasan untuk menyamai 76 mata yang mereka kumpul untuk menamatkan saingan di tangga keempat musim lepas.

Salah menyerlah sejak tiba dari AS Roma tetapi Klopp keberatan memuji hanya seorang pemain.

“Beliau (Salah) menjaringk­an 20 gol tetapi apa yang berlaku jika beliau tidak menjaringk­an gol dari sekarang? Beliau tidak menjaringk­an gol ketika menentang West Brom ketika kami lebih memerlukan­nya berbanding hari ini,” kata Klopp.

“Anda sentiasa bercakap tentang Mo (Salah). Beliau tahu betapa saya menghormat­i dan menyukainy­a tetapi saya tidak akan pulang dan berfikir: ‘Berapa bagus kah beliau?’ Ia bukan cara saya.

“Beliau seorang pemain yang sangat penting untuk kami, seperti pemain lain tetapi saya sangat berpuas hati dengan cara kami bermain.”

Pengurus Bournemout­h, Eddie Howe, di mana pasukannya berada di tangga ke-16 dan hanya satu mata di atas zon penyingkir­an, berkata: “Ia satu perlawanan yang mengecewak­an. Sejak menjadi pengurus Bournemout­h, saya jarang berasa seperti ini. - AFP

 ??  ?? KLOPP
KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia