Utusan Borneo (Sabah)

Tiga pelajar capai keputusan A penuh

- Oleh SALMAN ABADI

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Kanibungan Pitas terus melakar pencapaian membanggak­an dalam peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) 2017 apabila tiga pelajarnya mencapai keputusan A penuh dalam peperiksaa­n itu.

Seorang pelajar, Nurhayati Jinun @Jumon mendapat 10A, manakala dua orang rakannya mendapat 9A.

Perkara itu diumumkan oleh Pengetua SMK Kanibungan Rahim Awang dalam satu majlis ringkas sempena Majlis Penyerahan Slip Keputusan PT3 2017 di sekolah berkenaan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Kanibungan Jaely Medong, Penolong Kanan Pentadbira­n Cikgu Normansur Ismail, Penolong Kanan HEM Cikgu Anan A/L Priasamy dan Setiausaha PT3 Cikgu Felix Sami, guru-guru dan AJK PIBG serta para ibu bapa pelajar.

Dalam ucapannya pada majlis ringkas itu, Rahim menghurai tahap pencapaian secara keseluruha­n PT3 tahun 2017.

Katanya, pada tahun ini Gred Purata Sekolah (GPS) ialah 3.63 berbanding 3.50 pada tahun lalu (2016). “Pada tahun 2016, terdapat seorang pelajar kita mendapat keputusan 9A 1B dan tiga orang mendapat 9A.

“Namun tahun ini, seorang pelajar mendapat 10A dan dua lagi mendapat 9A,” ujarnya.

Pengetua sekolah itu yang mesra disapa sebagai ‘ayahanda’, turut menyampaik­an ucapan tahniah kepada semua pelajar, khasnya mereka yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam PT3 tahun ini.

“Tidak dilupakan ucapan syabas dan tahniah atas usaha semua guru yang terlibat dalam mencemerla­ngkan pelajar, serta para ibu bapa yang telah memberikan sepenuh kerjasama dan sokongan padu kepada pihak sekolah,” katanya.

Beliau menekankan kunci utama kejayaan ialah kerjasama padu dalam kalangan barisan pentadbir sekolah, guru-guru PT3, pihak ibu bapa dan PIBG serta pelajar itu sendiri.

Rahim turut menekankan betapa pentingnya seseorang pelajar perlu menguasai sepenuhnya kemahiran asas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) sebagai satu asas terpenting yang membolehka­n pelajar dapat menguasai keperluan dalam pembelajar­an seharian.

Beliau berharap kerjasama dalam kalangan pihak PIBG, guru-guru dan pelajar dalam membentuk pendekatan dalam pembelajar­an pelajar, kegigihan guru-guru dan sumbangan PIBG perlu disatukan demi mencapai kejayaan yang diimpikan.

Menurutnya, antara

“Pada tahun ini Gred Purata Sekolah (GPS) ialah 3.63 berbanding 3.50 pada tahun lalu (2016). Pada tahun 2016, terdapat seorang pelajar kita mendapat keputusan 9A 1B dan tiga orang mendapat 9A. Namun tahun ini, seorang pelajar mendapat 9A.” 10A dan dua lagi mendapat RAHIM AWANG Pengetua SMK Kanibungan

SEBAHAGIAN pelajar cemerlang PT3 2017 SMK Kanibungan Pitas.

punca kejatuhan atau penurunan prestasi yang dikenalpas­ti ialah sikap pelajar yang tidak hadir kelas tambahan dan kelaskelas tertentu yang penting.

Sementara itu, Jaely dalam ucapan ringkasnya merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya dan cemerlang dalam PT3 itu.

Beliau juga sangat berbangga dengan kehadiran ibu bapa yang mengiringi anak mereka pada majlis itu, sekali gus mendapat maklumat berkaitan pencapaian pelajar dan prestasi sekolah keseluruha­nnya dalam peperiksaa­n itu.

Katanya, beliau mewakili pihak PIBG turut merakamkan penghargaa­n dan terima kasih atas kejayaan itu yang disifatkan tidak mudah dicapai, melainkan kejayaan berkenaan adalah atas usaha gigih dan komitmen yang tinggi semua guru di sekolah itu.

“Mereka telah berusaha jitu dan bersungguh­sungguh untuk mendidik tanpa mengira masa, situasi dan kedaifan fizikal sekolah,” katanya merujuk kepada keuzuran bangunan SMK Kanibungan yang masih menunggu bangunan kekal yang sedang dalam pembinaan.

Beliau juga mengambil peluang dalam ucapannya untuk memberikan katakata semangat dan motivasi khasnya para pelajar yang kurang berjaya agar terus berjuang dan belajar dengan lebih tekun untuk menghadapi peperiksaa­n seterusnya (SPM 2019).

“Saya amat yakin sekiranya para pelajar terus mempunyai sikap bersaing secara positif pada peperiksaa­n SPM nanti, mereka boleh mencapai prestasi lebih baik atau setanding dengan kejayaan yang dikecapi hari ini,” ujarnya.

Justeru, selaku YDP PIBG SMK Kanibungan beliau menyeru kesemua tiga ‘feeder school’ bagi SMK Kanibungan iaitu SK Kanibungan, SK Pantai dan SK Dalas agar memastikan semua murid dapat menguasai sepenuhnya kemahiran asas 3M sebelum melangkah ke Tingkatan 1 di SMK Kanibungan.

Katanya, ia amat penting kerana para pelajar bakal menghadapi kesukaran sekiranya melanjutka­n pelajaran ke sekolah menengah dalam keadaan belum menguasai 3M.

Dalam ucapan pengetua dan YDP PIBG SMK Kanibungan juga senada dan sekata merancang untuk mengadakan lawatan di tiga sekolah rendah berkenaan pada tahun hadapan dalam usaha mencapai pelan strategik bersama untuk memacu kecemerlan­gan PT3 2018.

Beliau bersama AJK PIBG berikrar akan terus bertekad sedaya yang termampu untuk membantu sekolah dalam menjayakan program kecemerlan­gan bagi tahun 2018 dan tahuntahun mendatang.

Dua pelajar SMK Kanibungan yang mendapat 9A ialah Sevilla Stevi Magada dan Klarissare­zonna Uarana @ London, Jeremy Johnny (7A) dan tiga mendapat 6A iaitu Edy Ronly Naybin, Allycia Trifiena dan Esmerilda Liah.

Pelajar lain yang turut menunjukka­n kecemerlan­gan ialah Amylie Elsie Juhanes, Azeeta Petrus, Elexter Munlook, Elmi Carla Jopihing, Ezjaqxia Vyonn Jonis, Farah Moktar, Frezley Maradau, Gloria Elizabeth Johnny, Jesper Brian Alexander, Joanivoon Jasmin dan Josua Jastin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia