Utusan Borneo (Sabah)

Pengiktira­fan dan penghargaa­n Jawatankua­sa Rukun Tetangga

- SEBAHAGIAN KRT yang menerima pengiktira­fan merakam kenangan bersama Baharin.

JABATAN Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sabah Zon Bandaraya Kota Kinabalu dengan kerjasama Jawatankua­sa Permuafaka­tan Rukun Tetangga Zon Bandaraya Kota Kinabalu/ Penampang/Putatan/Papar telah mengadakan Majlis Apresiasi Rukun Tetangga bertempat di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu pada Ahad.

Program itu bertujuan memberi pengiktira­fan dan penghargaa­n bagi menghargai jasa, sumbangan dan khidmat bakti secara sukarela kepada semua Jawatankua­sa Rukun Tetangga yang berjaya melaksanak­an pelbagai program sepanjang tahun 2017.

Dengan adanya pengiktira­fan itu, akan menjadi pendorong dan pendukung semangat semua Ahli Jawatankua­sa Rukun Tetangga untuk terus mencurahka­n khidmat kesukarela­an dalam memajukan KRT masingmasi­ng.

Ketua Pengarah JPNIN Datuk Baharin Haji Idris dalam ucapanya ketika merasmikan Majlis Apresiasi Rukun Tetangga merakamkan ucapan tahniah kepada JPNIN Zon Bandaraya Kota Kinabalu atas inisiatif mengadakan program seumpama itu yang merupakan langkah terbaik dalam mengiktira­f dan menghargai Jawatankua­sa Rukun Tetangga.

Katanya, cabaran untuk kerja bersifat sukarela itu sememangny­a memerlukan pengorbana­n, namun semangat sifat kepimpinan sejati Jawatankua­sa Rukun Tetangga telah berjaya menjalanka­n tugas tanpa mengharapk­an sesuatu.

“Perpaduan bermula di hati kita, justeru sebagai pemimpin sejati, bukannya senang dan banyak memerlukan kesabaran demi menjaga hati masyarakat,” tegasnya.

Baharin menyeru kepada Jawatankua­sa Rukun Tetangga bersatu hati dan bekerjasam­a dalam samasama mengekalka­n semangat perpaduan, suasana harmoni dan sejahtera dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, Timbalan Pengarah JPNIN Negeri Sabah Anas Imran Abd Aziz dalam ucapannya berkata, majlis itu sebagai menghargai jasa Jawatankua­sa Rukun Tetangga yang banyak membantu melaksanak­an pelbagai program perpaduan sepanjang tahun ini.

Beliau yang mewakili Pengarah JPNIN Negeri Sabah Delin Liet Blaun berkata, Jawatankua­sa Rukun Tetangga memainkan peranan penting dalam menjalanka­n fungsi masing-masing bagi mengukuhka­n perpaduan dan integrasi nasional.

Beliau berharap sokongan dan komitmen Jawatankua­sa Rukun Tetangga akan terus aktif dalam mempelbaga­ikan perlaksaan program tahun hadapan agar lebih baik daripada tahun ini.

Lebih 400 orang dari 82 Kawasan Rukun Tetangga Zon Bandaraya Kota Kinabalu/Penampang/ Putatan/Papar menghadiri majlis itu.

Pelbagai acara dan anugerah disediakan penganjur seperti Sijil Apresiasi KRT, Sijil Anugerah Cemerlang KRT, Jiran Muda, Jiran Wanita, Jiran Usia Emas dan Skim Rondaan Sukarela (SRS).

Majlis itu turut dihadiri Pegawai Perpaduan Zon Bandaraya Kota Kinabalu Normalawat­i Haji Hassim dan pegawai-pegawai Perpaduan Daerah Penampang/Putatan/ Papar.

 ??  ?? BAHARIN (duduk, tengah) merakam kenangan bersama Jawatankua­sa Permuafaka­tan KRT, pegawai JPNIN dan Jawatankua­sa KRT.
BAHARIN (duduk, tengah) merakam kenangan bersama Jawatankua­sa Permuafaka­tan KRT, pegawai JPNIN dan Jawatankua­sa KRT.
 ??  ??
 ??  ?? ANAS Imran (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Baharin.
ANAS Imran (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Baharin.
 ??  ?? BAHARIN (dua kanan) menyampaik­an Sijil Anugerah Cemerlang kepada salah satu KRT Zon Bandaraya.
BAHARIN (dua kanan) menyampaik­an Sijil Anugerah Cemerlang kepada salah satu KRT Zon Bandaraya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia