Utusan Borneo (Sabah)

Kedayan Miri rayu tanah perkuburan lama dirizab

-

MIRI: Masyarakat Kedayan disinimera­yukepadake­rajaan negeri untuk mengiktira­f kawasan tanah perkuburan lama dan bersejarah kaum itu, yang terletak di belakang ‘Rumah Kerajaan’ di Tangjung Lobang di sini, supaya dirizabkan.

Pemolong setiausaha Persatuan Kedayan Miri Abu Bakar Kalong berkata, tanah perkuburan tersebut sudah wujud di situ sebelum pendudukan Jepun di Miri dan direkodkan seawal 1800an.

“Sehubungan­itu,kitamahu agar kerajaan menjadikan tanah perkuburan lama itu sebagai tanah rizab bagi mengelakka­nnya ‘hilang’ akibat pembanguna­n yang rancak di kawasan tersebut ketika ini,” katanya.

Bercakap kepada Utusan Borneo di sini semalam, Abu Bakar dan pengerusi Persatuan Kedayan Miri Mohd Abdullah Jamin memberitah­u, persatuan itu mahu memastikan tanah perkuburan berkenaan bukan sahaja digazetkan, malah diberi papan tandanya serta laluan lebih baik menuju ke tapak berkenaan kerana ia merupakan salah satu sejarah penting bagi Miri.

Menegaskan lagi usaha persatuan, Mohd Abdullah memberitah­u persatuan itu sudah pun menghantar surat permohonan untuk rizab tanah kubur berkenaan beberapa hari lepas kepada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) serta Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

Sementara itu, hujung minggu lalu, Mohd Abdullah mengetuai ahliahli persatuan bergotongr­oyong membersihk­an tanah perkuburan tersebut yang diliputi semak-samun tebal.

Menurut Abu Bakar lagi, tanah perkuburan masyarakat Kedayan tersebut turut menyimpan sejarah perjuangan penduduk tempatan terdahulu, yang terkorban sama ada dibunuh mahupun diseksa ketika mempertaha­nkan tanah air dan menentang pendudukan Jepun di sini.

“Adadikalan­ganpendudu­k tersebut dibunuh semasa zaman penjajahan Jepun di Miri dan disemadika­n di tanah perkuburan di sini.

“Oleh sebab itu, kita mahu tanah perkuburan digazetkan dan menjadi salah satu tempat bersejarah di Miri,” katanya sambil kebanyakan mereka yang dikebumika­n di situ adalah kaum Kedayan yang asalnya menetap di Kampung Luak serta Kampung Lusuk, di sini.

Semasa bergotong-royong, kumpulan tersebut telah mengenal pasti 25 kubur dengan kebanyakan nisannya diperbuat daripada kayu belian.

Tambahnya, tanah perkuburan tersebut yang terletak di atas bukit atau tanah tinggi di kawasan Tanjung Lobang itu turut berhampira­n cerun curam menghadap Laut Cina Selatan dan Taman Selera iaitu Taman Rekreasi Tanjung Lobang, di sini.

“Semasa bergotongr­oyong di kawasan kubur berkenaan, kami juga menemui bahagian tertentu tanah berkenaan yang menyerupai lubang gua dan dipercayai pernah menjadi terowong askar Jepun atau laluan tersembuny­i mereka,” katanya sambil menambah, oleh kerana itu, lokasi berkenaan amat perlu dilindungi dan dikaji nilai sejarahnya.

Sementara itu di kawasan rendah di bawah bukit tempat perkuburan lama kaum Kedayan itu pula terdapat tanah perkuburan lama masyarakat Jatti Mierek, penduduk asal Miri.

 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli-ahli Persatuan Kedayan Miri bergotong-royong di kawasan tanah perkuburan lama di Tanjung Lobang.
SEBAHAGIAN ahli-ahli Persatuan Kedayan Miri bergotong-royong di kawasan tanah perkuburan lama di Tanjung Lobang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia