Utusan Borneo (Sabah)

Tindakan pemilik premis merizab parkir kurang disenangi pengguna

-

KUCHING: Sikap segelintir pemilik premis perniagaan atau pejabat yang meletakkan objek halangan sebagai tanda merizab tempat parkir di kawasan awam menimbulka­n rasa kurang senang pengguna kemudahan awam itu.

Kenyataan yang dikeluarka­n Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menyatakan bahawa ia berlaku khususnya di kawasan parkir yang belum mendapat kelulusan perwataan sebagai ruangan parkir di sini.

Aduan mengenai isu terbabit kerap diterima terutama di kawasan perniagaan di Jalan Satok dan Jalan Kulas serta kawasan perniagaan baharu amnya.

“Hal ini berpunca daripada sikap tidak bertanggun­gjawab segelintir pemilik premis perniagaan yang tidak prihatin terhadap kepentinga­n bersama dengan meletakkan tanda rizab parkir untuk tujuan peribadi.

“DBKU kini dalam proses mendapatka­n kelulusan kerajaan negeri untuk kawasan berkenaan diwartakan sebagai kawasan parkir dan seharusnya kemudahan parkir itu pada dasarnya adalah ‘siapa cepat dia dapat’ sehingga kawasan tersebut diwartakan nanti.

“Justeru, DBKU meminta kerjasama semua pihak agar sama-sama bersikap tidak mementingk­an diri sendiri dalam isu penggunaan kemudahan awam ini dan menunjukka­nsikapbert­imbang rasa kepada pengguna lain,” katanya.

Sifat negatif itu jelas pihaknya, tidak membawa sebarang faedah sebaliknya boleh mencetuska­n kekecohan dan pertelingk­ahan di antara pemilik perniagaan dan pengguna lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia