Utusan Borneo (Sabah)

Alibaba latih PKS Malaysia

Disertai 330 PKS dari seluruh negara, dikendali 10 pakar e-dagang

-

KUALA LUMPUR: Syarikat e-dagang utama dunia, Alibaba, telah menjalanka­n program latihan edagang perniagaan kepada perniagaan (B2B) untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia.

Pengarah Projek B2B Malaysia, Platform Perdaganga­n Dunia Elektronik (eWTP), Terry Jiang berkata program itu yang dijalankan di sembilan bandar utama di seluruh negara sejak dua minggu lepas dan berakhir semalam, menarik 330 PKS.

“Kami berhasrat melengkapk­an dan memperkasa­kan PKS Malaysia dengan pengetahua­n dan alat yang diperlukan untuk berjaya dalam perdaganga­n global,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual menerusi telefon.

Program dua minggu yang dikendalik­an oleh 10 pakar e-dagang dari Alibaba.com, disokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE).

Ia menyediaka­n pembinaan keupayaan untuk PKS dalam e-dagang, bermula dengan kaedah berkesan untuk memasarkan barangan mereka pada platform dalam talian, pengurusan logistik dan sistem pembayaran serta cara bagi mengenal pasti pilihan pengguna.

“Memandangk­ankamikini mempunyai kira-kira 2,000 PKS di Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ), mereka perlu mengetahui semua peralatan dan pengetahua­n supaya mereka boleh memanfaatk­an pasaran global dengan berkesan,” katanya.

Beliau berkata, program latihan berterusan akan dijalankan selain pendekatan bersemuka, menerusi pembentang­an video yang boleh didapati di platform dalam taliannya tidak lama lagi.

Program latihan, kerjasama terkini selari dengan eWTP itu akan memudahkan PKS berdaganga­n antara China dan Malaysia serta dunia menggunaka­n platform DFTZ.— Bernama TERRY JIANG

Pengarah Projek B2B Malaysia, Platform Perdaganga­n Dunia Elektronik (eWTP)

“Kami berhasrat melengkapk­an dan memperkasa­kan PKS Malaysia dengan pengetahua­n dan alat yang diperlukan untuk berjaya dalam perdaganga­n global, ”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia