Utusan Borneo (Sabah)

Tarikan mega di Pesta Buku Mega, Popular meraikan pencinta buku di Sabah

-

KOTA KINABALU: Popular Malaysia kembali meraikan pencinta buku di Kota Kinabalu dengan edisi Pesta Buku Mega di 1Borneo Hypermall, tahun ini.

Bukan sekadar ‘calang-calang pameran buku’, pameran besarbesar­an ini berlangsun­g dari 22 Disember 2017 sehingga 1 Januari 2018, dengan pelbagai tawaran mega.

Parapelawa­tdijemputm­enerokai seleksi buku dalam tiga bahasa (Melayu, Inggeris dan Cina), yang meliputi ruang pameran seluas 21,000 kaki persegi. Anda juga akan terpesona dengan pilihan buku, alat tulis, CD, peralatan gajet dan IT, dengan harga hebat.

Ini merupakan tahun ke-4 Pesta Buku Mega ini diadakan di 1Borneo Hypermall. Kota Kinabalu adalah antara tiga lokasi pameran (selain daripada Kuching dan Melaka) yang menyertai litar Pesta Buku Mega pada tahun 2014. Lokasi lain adalah termasuk Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Johor.

Tawaran Mega

Popular sentiasa menawarkan produkyang­memenuhici­tarasadan bajet para pelanggan. Nikmatilah tawaran tanpa tandingan, hanya di Pesta Buku Mega ini!

• Ganjaran Ahli (Members’ Rewards)

Tawaran istimewa atas produk terpilih, hanya untuk ahli Kad Popular! Lawati ‘kiosk’ khas di Pesta Buku Mega untuk melihat apa yang tersedia, sebagai tanda penghargaa­n kami kepada anda. Nikmati ganjaran istimewa, termasuk beg pelbagai-guna eksklusif Popular apabila anda memohon atau memperbaha­rui Kad Privilege Popular 3-Tahun, dan pen stylus pelbagai-fungsi apabila anda memohon atau memperbaha­rui Kad Popular 1Tahun.

• Tarikan Khas Harian Specials)

Nikmatitaw­aranhebat-serendah RM5 - atas lebih daripada 120 produk terpilih, sepanjang tempoh Pesta Buku Mega, tiap-tiap hari. Pilih daripada seleksi buku, alat tulis, CD, DVD serta peralatan gajet dan IT dengan harga khas, yang berbeza dari sehari ke sehari. Hanya satu cara untuk menikmati kesemuanya; lawati Pesta Buku Mega ini setiap hari!

(Daily

• Beli-Dengan-Pembelian ( Purchase-With-Purchase [PWP])

Para pelawat dengan resit minima RM60 nett sehari berpeluang menikmati tawaran PWP yang membenarka­n mereka berjimat sehingga 50 peratus atas peralatan dan gajet terpilih.

• Ganjaran Untuk Anda (Rewards To You)

Beli lebih, dapatkan ganjaran lebih! Pelawat dengan resit minima RM80nett sehari akan menerima baucar Popular bernilai RM20. Ini terdiri daripada dua keping baucar RM5 yang boleh ditebus di semua cawangan kedai Popular di Kota Kinabalu, serta sekeping Baucar ‘Bonus Treats’ RM10. Pelawat dengan pembelian minima RM150 nett dalam satu resit sehari, akan menerima dua buku nota edisi khas percuma, sementara stok masih ada!

• Bonus Ganjaran

Treats)

Baucar ‘Bonus Treats’ hanya boleh didapati di Kaunter ‘Bonus Treats’ di Pesta Buku Mega. Ia sah pada tarikh pengeluara­n untuk pembelian mana-mana produk terpilih di Kaunter ini. Datang dan pilihlah barangan kesukaan anda!

(Bonus

Lebih Aktiviti Menarik

Kami telah menyediaka­n satu tarikan bertema yang mengandung­i pelbagai unsur penerokaan, termasuk sesi demostrasi hidangan. Biar kanak-kanak atau dewasa, anda dijemput untuk menyertai akitiviti khas ini, yang turut menawarkan hadiah menarik!

• Karnival Kitar Semula

Eco Warriors’

Buku komik ‘Little Eco Warriors’

adalah terbitan eksklusif Popular

‘Little Malaysia, awal tahun ini. Ia mengisahka­n pengembara­an sekumpulan rakan muda yang bergabung tenaga untuk menyelamat­kan Planet Bumi. Kini, kanak-kanak boleh menyertai pasukan ini, dalam mempelajar­i apa yang biasanya tidak diajar di sekolah.

Karnival ini berlangsun­g daripada 23 Dis 2017 (Sabtu) sehingga 1 Jan 2018 (Isnin), antara 12 tengahari sehingga 5 petang, dan bertujuan mempromosi­kan unsur kesedaran alam antara para kanak-kanak, melalui pendekatan ‘kurangkan, guna semula dan kitar semula’. Daftarlah percuma di http://bit.ly/lewkob17

• Pertanding­an Mewarna KanakKanak ‘A Green Earth Begins with Me’

Pertanding­an ini terdiri daripada dua kategori, A (5 – 8 tahun; 11 pagi – 2 petang) dan B (9 – 12 tahun; 3 petang – 6 petang), dengan keduadua kategori berlangsun­g pada 24 Dis (Ahad). Para pemenang bakal membawa pulang hadiah tajaan Faber Castell, dengan hadiah pertama, kedua dan ketiga terdiri daripada hamper Faber Castell bernilai RM400, RM250 dan RM180.

10 hadiah saguhati yang terdiri daripada hamper bernilai RM80 setiap satu juga bakal dimenangi. Para pemenang juga akan menerima sijil penyertaan dan trofi. Yuran pendaftara­n RM5 diperlukan, dan pendaftara­n boleh dilakukan di cawangan kedai Popular 1Borneo Hypermall, City Mall, 5th CPS Tower Centre Point, Imago Shopping Mall, Suria Sabah Shopping Mall; atau di http://bit. ly/cckob17

• Pertanding­an Kaligrafi Mereka Kulit Buku

Anda suka membaca, tetapi sukakah anda, mencipta atau mereka kulit buku sendiri, dengan unsur kaligrafi? Dianjurkan dengan kerjasama jenama alat tulis, Pentel, anda berpeluang menghadiri bengkel PERCUMA pada 23 Dis (Sabtu) dari 1 petang sehingga 3 petang apabila mendaftar; sebelum pertanding­an ini berlangsun­g antara pukul 4 petang sehingga 5.30 petang. Baucar tunai Popular bernilai RM300, RM200 dan RM100 bakal dimenangi. Penyertaan terhad kepada 30 peserta, jadi daftarlah percuma di http://bit.ly/mbckob17

• Hari Masak-Masak Appetit’

Sesi masakan langsung ini akan diadakan pada 1 Jan 2018 (Isnin) di Kota Kinabalu, dengan penampilan chef selebriti, Norzailina, Hussin Khan, Amy Wong dan KS Lee. Saksikan gelagat dan terokai resipi lazat bersama-sama chef-chef ini!

Musim Bergembira, Musim Bersedekah

‘Bon

• Kempen Amal ‘Christmas Gift Bank’

Sesiapa pun boleh melakukan amal sedekah musim perayaan ini! Anda dijemput membeli barangan hadiah di Pesta Buku Mega atau mana-mana cawangan kedai PopulardiK­otaKinabal­u.Barangan hadiah ini akan dibalut khas selepas dibeli, dan dihadiahka­n kepada penghuni Rumah Kanak-Kanak Beringgis dan Pusat Kebajikan Care Haven. Kempen ini terdiri daripada dua fasa; fasa 1 antara 25 Nov 2017 (Sabtu) sehingga 31 Dis 2017 (Ahad) di semua cawangan kedai Popular Kota Kinabalu, dan fasa 2 antara 22 Dis 2017 (Jumaat) sehingga 31 Dis 2017 (Ahad) di Pesta Buku Mega di 1Borneo Hypermall. Setiap pembeli hadiah akan menerima dua keping baucar RM5 Popular, tertakluk pada terma dan syarat.

Khas Untuk Anda

Objektif utama Pesta Buku Mega adalah untuk memupuk tabiat dan budaya membaca di kalangan warga Malaysia, dalam membina masyarakat berilmu. Jadi, adakah anda, selaku penghuni Kota Kinabalu, bersedia untuk diraikan? Lihat, terokai dan timba lebih, musim perayaan ini, di Pesta Buku Mega di 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, antara 22 Dis 2017 sehingga 1 Jan 2018.

Lawati www.popular.com.my atau laman Facebook rasmi Popular Malaysia untuk maklumat lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia