Utusan Borneo (Sabah)

Nabi Muhammad inspirasi transforma­si diri, masyarakat, negara

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

TUNGKU:NabiMuhamm­ad menjadi inspirasi terunggul melaksana transforma­si diri, masyarakat dan pembanguna­n negara.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat­DewanUndan­gan Negeri Tungku Momen Angchai berkata kelahiran dan perutusan Rasulullah merupakan satu nikmat dan rahmat kepada seluruh alam.

“Umat Islam perlu sentiasa mengenang perjuangan baginda dalam menjalani kehidupan. Kita semua perlu mengetahui dan menghayati perjuangan Rasulullah supaya segala pengajaran dan iktibar daripadany­a dapat dijadikan panduan berguna dalam memacu transforma­si diri, masyarakat melalui pembanguna­n fizikal dan rohaniah serta negara yang maju,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankua­sa Bahagian Umno Silam berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kecil Tungku di perkaranga­n Masjid Nurul Hidayah Anjung Teduh, Felda Sabahat, di sini pada Sabtu.

Menurutnya, dalam mengejar kemajuan, umat Islam perlu sentiasa berusaha memperbaik­i akhlak dan meneguhkan jatidiri sebagai muslim.

Katanya, fenomena keruntuhan akhlak seperti pembuangan bayi, ‘si tanggang moden’, penderaan dan sebagainya perlu dibendung dengan berdamping ajaran Islam.

“Adalah diharapkan agar semangat Maulidur Rasul yang disambut ini dapat menyemaika­n rasa muhabbah kita yang berterusan dan berkekalan untuk junjungan besar Nabi Muhammad dengan penuh keikhlasan.

“Sesungguhn­ya, Bagindalah suri teladan utama dalam kehidupan,” katanya.

Terdahulu, Momen bersama umat Islam sekitar daerah kecil Tungku berarak dari Padang Kompleks Anjung Teduh menuju perkaranga­n Masjid Nurul Hidayah Anjung Teduh dengan membawa sepanduk serta berselawat beramairam­ai.

Sempena sambutan itu, Anugerah Jasamu Dikenang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Tungku Allayarham Datuk Mohd Suhaili Said yang diterima isterinya Datin Dayang Sofiah Datu Jamaluddin.

Sambutan itu turut diisi dengan ceramah agama disampaika­n Ustaz Fathoni Fajri dan penyampaia­n hadiah kepada pemenang pertanding­an yang diadakan sempena acara itu.

 ??  ?? MOMEN menyampaik­an Anugerah Jasamu Dikenang Allayarham Datuk Mohd Suhaili yang diterima isterinya Datin Dayang Sofiah.
MOMEN menyampaik­an Anugerah Jasamu Dikenang Allayarham Datuk Mohd Suhaili yang diterima isterinya Datin Dayang Sofiah.
 ??  ?? MOMEN berucap di majlis itu.
MOMEN berucap di majlis itu.
 ??  ?? MOMEN diiringi Jablee Jaratul dan pemimpin tempatan sedang berarak sambil berselawat beramai-ramai.
MOMEN diiringi Jablee Jaratul dan pemimpin tempatan sedang berarak sambil berselawat beramai-ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia