Utusan Borneo (Sabah)

Terus perkasa bangsa

Lancar album pertama lagu Dusun Tinagas

- Menyumpit belon sebagai simbolik perasmian program itu, diperhatik­an Josepat (kiri) dan Jackson (dua kanan). Tinagas dari Kota Marudu turut mempersemb­ahkan tarian mengigol pada majlis itu.

SUKU kaum Tinagas melangkah setapak lagi dalam usaha mengetenga­hkan masyarakat itu kepada dunia apabila Persatuan Belia Tinagas Ranau (PBTR) buat julung kalinya melancarka­n album pertama lagu-lagu Dusun Tinagas.

Pelancaran album itu telah disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin pada Majlis Himpunan Belia Tinagas anjuran PBTR di Balairaya Kampung Tanid, Malinsou Ulu Sugut kirakira 70 kilometer dari Pekan Ranau.

Pengerusi PBTR Jackson Musi berkata, program itu yang bertemakan ‘Sukod Wagu Aparu Abantug Sinakagon’ (belia rajin memperkasa bangsa) itu adalah kesinambun­gan program pertama perhimpuna­n belia itu pada awal tahun ini.

Katanya, objektif utama program berkenaan adalah untuk mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m antara semua belia Tinagas di Daerah Ranau di samping mencungkil bakat baharu dalam bidang nyanyian melalui anjuran majlis ‘Tinagas Got Talents 2’.

Dalam ucapannya, Jackson berharap agar program itu akan menjadi perintis jalan kepada para belia Tinagas Ranau dan seluruh Sabah amnya untuk memperkemb­angkan lagi bakat mereka bukan sahaja dalam nyanyian tetapi bidang lain bagi memperkasa bangsa sendiri.

“Album sulung yang dilancarka­n ini telah dikumpul daripada 10 lagu Dusun Tinagas yang dinyanyika­n oleh sembilan belia masyarakat Tinagas,” katanya.

Katanya, 10 lagu itu telah dihimpun sejak tahun 2016 lagi hasil daripada pertanding­an Tinagas Got Talents pertama yang kemudianny­a dirakam di Red Monkey Studio Kota Belud milik seorang belia Tinagas, Jakius Laipan, dengan komposerny­a Sanir Thomas.

Semua perbelanja­an bagi proses merakam album sulung itu telah disumbangk­an oleh PBTR di bawah pimpinan penaung persatuan Josepat Majail.

Sempena majlis itu juga, satu pertanding­an tarian Mengalai Mengigol disertai oleh belia Tinagas dari sekitar Ranau dan Kota Marudu yang bertujuan menjadikan tarian tradisi itu sebagai khazanah yang harus tidak boleh dilupakan oleh generasi akan datang.

Dalam ucapan pelancaran, Ewon memuji persatuan belia itu yang begitu proaktif dalam mempromosi­kan suku Tinagas yang agak minoriti jumlahnya di negeri Sabah.

“Akhir-akhir ini, PBTR sentiasa kedengaran mengadakan beberapa program komuniti seperti pertanding­an bola sepak dan sukan lain yang ternyata begitu berjaya dalam menjalin hubungan mesra dalam usaha memupuk

BELIA

perpaduan dalam kalangan masyarakat Tinagas,” katanya.

Beliau turut menggesa masyarakat itu supaya memberikan sokongan padu kepada persatuan itu yang beliau anggap patut menjadi suri teladan kepada belia lain dalam usaha mencapai dan menikmati arus pembanguna­n zaman sekarang.

Sebagai sokongan kepada persatuan itu, Ewon telah meluluskan peruntukan sebanyak RM50 ribu bagi membina sebuah bangunan pusat transforma­si yang akan dibina di Kampung Tanid Malinsou sebagai tempat menjalanka­n aktiviti belia Tinagas seluruh Sabah.

Beliau turut meluluskan peruntukan sebanyak RM15 ribu bagi membaiki jalan raya sejauh 200 meter menuju ke bangunan Balairaya Kampung Tanid serta RM1,000 bagi pembelian pembesar suara balairaya itu.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pegawai Khas Parlimen Japirin Sahadi dan Setiausaha Kerja Parlimen Dallius Ubin.

 ??  ?? EWON
EWON
 ??  ??
 ??  ?? EWON (kanan, belakang) bersantai bersama rombongan dalam perjalanan balik dari majlis itu.
EWON (kanan, belakang) bersantai bersama rombongan dalam perjalanan balik dari majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia