Utusan Borneo (Sabah)

Nafas, PPK sedia bekerjasam­a bantu ahli

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

PERTUBUHAN Peladang Kebangsaan (Nafas) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sedia bekerjasam­a membantu ahli peladang menjana sumber pendapatan dalam bidang yang mereka minati.

“Sebenarnya banyak peluang termasuk perniagaan yang Nafas boleh bantu. Ahli hanya perlu peka dan ambil peluang yang ada itu. Nafas sendiri juga ada banyak produk yang boleh diniagakan,” kata Pengurus Besar PPK Inanam Semiseh Hassan.

Beliau berkata demikian ketika menyaksika­n majlis menandatan­gani kerjasama antara pengedar produk Nafas, Fidelity Team dan pemilik kedai runcit serta kafe Bantayan Trading, Cedric Monis Bulongik yang juga ahli PPK Inanam di pemis kedai itu di Kg Bantayan Inanam, Kota Kinabalu pada Ahad.

Fidelity Team diwakili pengarahny­a Cainne Cameron John. Turut bersama adalah Ahli Jemaah Pengarah (AJP) PPK Inanam

(kanan), Semiseh (dua dari kanan), anggota Fidelity Team dan Sylvester menunjukka­n antara produk Nafas dan PPK Inanam.

Sylvester Petrus yang juga pengerusi bersama peladang zon Inanam dan ketua unit peladang Kg Bantayan, Cosmas Bernard.

Kerjasama itu membolehka­n ahli peladang dan masyarakat setempat mendapatka­n produk Nafas dan PPK seperti barangan keperluan harian dan pertanian di premis berkenaan.

Sylvester berkata, kerjasama seperti itu akan diperluask­an ke kawasan lain dalam zon Inanam yang mempunyai Unit Peladang iaitu Kg Kitobu, Kg Kionsom dan Kg Bambangan Baru pada masa akan datang.

“Idea mengadakan kerjasama seperti ini adalah berdasarka­n maklumbala­s ahli semasa kami melakukan lawatan ke unit-unit.

“Dengan adanya kerjasama seperti ini, ahli atau masyarakat setempat tidak lagi perlu pergi jauh untuk mendapatka­n barangan keperluan harian dan pertanian kerana Nafas dan PPK mempunyai produk hampir semua keperluan itu,” katanya.

 ??  ?? COSMAS
COSMAS
 ??  ?? MONIS (kiri) dan Semiseh serta anggota Fidelity Team menunjukka­n beras edaran PPK inanam dan Nafas yang boleh diperolehi di premis Bantayan Trading.
MONIS (kiri) dan Semiseh serta anggota Fidelity Team menunjukka­n beras edaran PPK inanam dan Nafas yang boleh diperolehi di premis Bantayan Trading.
 ??  ?? TIGA kanak-kanak Tinagas lengkap berpakaian tradisi pada majlis itu.
TIGA kanak-kanak Tinagas lengkap berpakaian tradisi pada majlis itu.
 ??  ?? EWON bersalaman dengan penduduk setibanya di balairaya kampung itu.
EWON bersalaman dengan penduduk setibanya di balairaya kampung itu.
 ??  ?? SEMISEH (tengah) Cainne (dua dari kiri) dan Monis memegang surat kerjasama.
SEMISEH (tengah) Cainne (dua dari kiri) dan Monis memegang surat kerjasama.
 ??  ?? JACKSON (kanan) menyampaik­an sebuah CD album berkenaan kepada Ewon.
JACKSON (kanan) menyampaik­an sebuah CD album berkenaan kepada Ewon.
 ??  ?? NAFAS juga ada produk minyak pelincir kereta.
NAFAS juga ada produk minyak pelincir kereta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia