Utusan Borneo (Sabah)

‘Star Wars: The Last Jedi’ catat pembukaan hujung minggu besar di seluruh dunia

-

FILEM ‘Star Wars: The Last Jedi’ menyerbu masuk ke pawagam seluruh dunia dengan jualan tiket global yang begitu mengejutka­n iaitu sebanyak AS$450 juta dalam pembukaan hujung minggunya, dan ini mengesahka­n bahawa francais pengembara­an angkasa lepas yang terkenal itu tetap satu kuasa yang kuat di kaunter tiket (box office).

Filem kelapan dalam saga ‘Star Wars’ yang dicipta oleh George Lucas pada tahun 1977 itu mengutip AS$220 juta di Amerika Syarikat dan Kanada, berdasarka­n anggaranan­ggaran kaunter tiket yang dikeluarka­n oleh comScore pada hari Ahad. Jumlah itu berada di tempat kedua hanya selepas AS$248 juta yang diperolehi ‘Star Wars: The Force Awakens’ pada dua tahun lepas.

Penampilan pertama itu merupakan satu lagi kejayaan utama untuk Walt Disney Co, yang membeli pengeluar ‘Star Wars’ Lucasfilm pada 2012 dan menghidupk­an semula cerita yang berlatarka­n sebuah galaksi yang sangat jauh itu.

“Tidak banyak jenama yang boleh mengekalka­n keghairaha­n dan kaitan seperti ini,” kata Paul Dergarabed­ian, penganalis­is kanan media untuk comScore.

Sekurang-kurangnya ada lima lagi filem ‘Star Wars’ yang kini sedang diusahakan di Disney, termasuk satu kisah mengenai Han Solo ketika muda yang dijadual akan ditayangka­n pada Mei depan, diikuti ‘Episode IX’ pada Disember 2019.

‘Last Jedi’ memaparkan lakonan terakhir Carrie Fisher sebagai Leia, puteri kesayangan yang menjadi seorang jeneral utama pasukan penentang. Fisher mati akibat sakit jantung pada Disember 2016.

Filem itu juga memberi satu peranan penting kepada watak asal ‘Star Wars’, wira Luke Skywalker, yang dilakonkan oleh Mark Hamill.

Menurut Disney, jualan antarabang­sa untuk ‘Last Jedi’ adalah yang ketiga terbesar untuk filem yang tidak termasuk pasaran

China semasa hujung minggu

penampilan pertama mereka. ‘Last Jedi’ akan memulakan tayanganny­a di China, pasaran filem kedua terbesar dunia, pada 5 Januari depan.

Reaksi peminat yang positif mencadangk­an jualan tiket yang kukuh sepanjang cuti akan datang, kata Dave Hollis, presiden pengagihan filem seluruh dunia Disney. Penonton memberikan filem gred ‘A’ dalam tinjauan oleh CinemaScor­e.

Penganalis­is-penganalis­is box office tidak menjangka ‘Last Jedi’ akan mengulangi kejayaan pembukaan hujung minggu ‘Force Awakens’.

Filem 2015 itu telah menjana minat yang belum pernah berlaku kerana ia ialah filem baharu ‘Star Wars’ yang pertama dalam satu dekad. Ia akhirnya mencatat kutipan jualan tiket lebih daripada AS$2 bilion seluruh dunia.

— Reuters

 ??  ?? BOX OFFICE: Daisy Ridley yang berlakon sebagai Rey dan Mark Hamill sebagai Luke Skyawalker­semasa tayangan perdana Eropah filem ‘Star Wars: The Last Jedi’ di Royal Albert Hall London baru-baru ini.
BOX OFFICE: Daisy Ridley yang berlakon sebagai Rey dan Mark Hamill sebagai Luke Skyawalker­semasa tayangan perdana Eropah filem ‘Star Wars: The Last Jedi’ di Royal Albert Hall London baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia