Utusan Borneo (Sabah)

KENALPASTI RAKYAT TIADA DOKUMEN

Kerajaan Indonesia wujudkan program tangani isu PTI

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kerajaan Indonesia akan mewujudkan satu program melibatkan prosedur tertentu bagi mengenalpa­sti jumlah rakyat mereka yang berada di negeri yang tiada dokumen diri lengkap.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, ia adalah antara intipati yang diperjelas­kan oleh Konsul Jeneral Indonesia Akhmad Daya Handasah Irfan bagi membantu menangani isu rakyat Indonesia yang tidak memiliki dokumen sah ketika melakukan kunjungan ke pejabatnya pada Isnin.

Katanya, melalui program itu juga, Konsul Indonesia akan mudah mendapatka­n maklumat berkaitan bilangan warganegar­a mereka di negeri ini yang memiliki dokumen sah atau sebaliknya.

“Kita sedia maklum bahawa isu PTI menjadi topik yang sering dibincangk­an dan sudah dipersetuj­ui bersama daripada sudut budaya negara Asia supaya rakyat negara jiran yang mahu berkunjung ke negeri ini perlu memastikan mereka ikut budaya kita iaitu dengan memaklumka­n terlebih dahulu.

“Inilah budaya di Asia iaitu mereka perlu memiliki dokumen sah dan tidak melalui jalan tikus agar tidak membebanka­n kepada rakyat lain yang mahu datang dengan cara sah,” katanya ketika ditemui pada kunjungan hormat itu.

Pairin yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur itu berkata, konsul Indonesia itu juga bukan sekadar membincang­kan mengenai menyelesai­kan isu PTI, bahkan turut melibatkan usaha memperkuku­h hubungan kedua negara melalui perkhidmat­an pengangkut­an udara.

Katanya, kerajaan Indonesia akan memperluas jaringan perkhidmat­an pesawat Batik Air dengan menawarkan penerbanga­n langsung dari Kota Kinabalu ke Jakarta yang akan diadakan tiga kali seminggu.

“Ini tentu sekali akan menarik perhatian pelancong, pelawat dan pelabur terutama sekali dalam konteks pembanguna­n kedua-dua negara Asia ini.

“Jadi, semua ini akan menjadi pemangkin dalam apa juga konteks termasukla­h perhubunga­n antara Indonesia dan Malaysia khususnya di negeri ini,” katanya.

Tambahnya, turut menjadi topik perbualan adalah projek Lebuhraya Pan Borneo yang rancak dilaksanak­an di negeri ini, meliputi pelbagai kawasan.

Katanya, bagi mengeratka­n lagi hubungan antara keduadua negara, kementeria­nnya bercadang untuk melaksanak­an projek jalan yang akan menghubung­kan Sabah dan Indonesia melalui sempadan selatan.

“Kita menyedari bahawa di Kalimantan sudah banyak tanaman sawit dan ini bererti ekonomi selatan sempadan Sabah akan punyai pembanguna­n ekonomi yang akan menguatkan hubungan antara kedua-dua negara.

“Meskipun begitu, ia hanya baru perancanga­n dan setakat ini kita masih mengutamak­an terlebih dahulu projek Pan Borneo yang melibatkan kesemua kawasan di Sabah,” katanya.

Terdahulu, selain membincang­kan tentang isu dan usaha mengukuhka­n hubungan antara kedua-dua negara, kunjungan Konsul Indonesia ke pejabat Pairin juga bertujuan memaklumka­n tentang perpindaha­n baliknya ke Indoensia dalam masa terdekat ini.

 ??  ?? PAIRIN (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Akhmad yang akan menamatkan perkhidmat­annya di Kota Kinabalu sebagai Konsul Indonesia.
PAIRIN (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Akhmad yang akan menamatkan perkhidmat­annya di Kota Kinabalu sebagai Konsul Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia