Utusan Borneo (Sabah)

Jualan penghabisa­n stok di Proton Edar Api-Api Centre

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Proton Edar Sdh Bhd Cawangan Api-Api Centre mengadakan promosi jualan penghabisa­n stok bagi beberapa model kereta mereka.

Pengurus Cawangan Proton Edar Sdh Bhd Api-Api Kota Kinabalu Rowland Pengai berkata program itu adalah kesinambun­gan kepada kejayaan acara yang dijalankan oleh cawangan Inanam mereka, baru-baru ini.

“Ini adalah fasa terakhir untuk program penghabisa­n stok untuk model kereta terpilih sahaja.

“Kami memberikan ganjaran atau diskaun yang hebat kepada pelanggan yang membuat pembelian pada program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Jualan Penghabisa­n Stok Proton di sini pada Isnin.

Katanya antara model yang terlibat dalam promosi hujung tahun itu adalah Proton Preve, Iriz dan Persona.

“Antara kereta yang mendapat diskaun hebat adalah stok Proton Preve, Iriz dan Pesona untuk keluaran 2015 dan 2016 sahaja yang mana hanya tinggal kira-kira 45 unit pada ketika ini.

“Proton menawarkan rebat bermula RM4,500 hingga RM10,000 dan lima tahun penyelengg­araan percuma untuk sebarang model terpilih.

“Model Proton berkenaan adalah seperti Preve Manual, Iriz Standard Manual, Exclusive dan 1.6 Premium serta Persona CVT,” jelasnya.

Rowland berkata, sepanjang promosi yang berlangsun­g selama tiga hari sejak Isnin itu, pelanggan boleh membuat rundingan harga bagi mana-mana model terpilih yang mereka mahu.

Tambahnya, pada Rabu mereka turut mengadakan pandu uji kenderaan berkenaan selain kempen derma darah dan pertanding­an mewarna kanak-kanak.

 ??  ?? ROWLAND (kiri) merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan Proton Edar Cawangan Api-Api Centre sempena Jualan Penghabisa­n Stok Proton.
ROWLAND (kiri) merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan Proton Edar Cawangan Api-Api Centre sempena Jualan Penghabisa­n Stok Proton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia