Utusan Borneo (Sabah)

Simpan alat seks dilarang import, pemilik & penyewa kedai didenda

Menyimpan peralatan seks dilarang import

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Dua pemilik kedai dan seorang penyewa dikenakan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menyimpan barang-barang larangan.

Majistret Herlina Muse menjatuhka­n hukuman itu terhadap Wong Kang Zhe, 23, Liew Liang Khong, 25, dan seorang wanita Ng Wang Ching, 24, selepas mereka mengaku bersalah.

Jika gagal membayar denda itu, mahkamah mengarahka­n mereka dikenakan penjara dua tahun.

Mereka didapati menyimpan peralatan seks yang dilarang diimport bernilai RM622.50, pada 8 November jam 12.05 tengah hari, di Super Box, Centre Point di sini.

Ketiga-tiga tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 yang dihukum mengikut Seksyen 135 (1) (iii)(aa) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang dikenakan, kesalahan pertama denda tidak kurang 10 kali ganda nilai barang dan tidak melebihi 20 kali ganda, atau dikenakan penjara maksimum tiga tahun, atau dengan keduaduany­a sekali.

Ng, Liew dan bersama dengan seorang lagi penyewa Wong Siew Lung, 36, masing-masing dikenakan denda RM4,500 atau penjara enam bulan, atas kesalahan sama.

Mereka mengaku bersalah menyimpan peralatan seks yang bernilai RM268.50, pada hari dan di tempat yang sama.

Sementara itu, Ng, Liew dan seorang lagi penyewa Loo Chooi Chin, 31, dikenakan denda RM8,000 atau penjara setahun, selepas mengaku bersalah menyimpan barangan larangan itu.

Nilai keseluruha­n sebanyak RM507.50 yang mana peralatan seks terbabit adalah barangan tiruan, yang dilarang diimport mengikut Jadual Pertama Butiran 5, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.

Mereka didapati melakukan kesalahan itu pada hari dan di tempat yang sama.

Mengikut fakta kes, pada 8 November kira-kira jam 12.05 tengah hari, sepasukan anggota kastam bahagian penguatkua­saan, membuat serbuan dan pemeriksaa­n di premis berkenaan.

Hasil daripada itu, mereka berjaya menemui sejumlah peralatan seks tiruan yang disyaki barang-barang larangan yang diletakkan di rak pameran kedai.

Semua barang terbabit disita dan dibawa ke pejabat penguatkua­saan di sini untuk tindakan sepanjutny­a.

Pegawai Pendakwa Janet S. Linggu dan Job Jau Bilong dari Jabatan Kastam melakukan pendakwaan terbabit.

Mereka didapati menyimpan peralatan seks yang dilarang diimport bernilai R M 622.50, pada 8 November jam 12.05 tengah hari, di ” Super Box, Centre Point di sini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia