Utusan Borneo (Sabah)

#Mangrove4U beri kesedaran pemulihara­an hutan bakau

Kem #Mangrove4U beri kesedaran pemulihara­an bakau

-

SERAMAI 33 pemimpin belia telah terlibat dalam menjayakan Kem #Mangrove4U di Pulau Bait, Semporna.

“Ini merupakan satu-satunya aktiviti yang memberikan kesedaran tentang pemulihara­an bakau di pulau kami. Walaupun membesar dan tinggal di kawasan simpan hutan bakau, namun kami tidak tahu bahawa pokok bakau ini dilindungi dan memberikan banyak kepentinga­n ekologi kepada komuniti pesisir,” kata Mohd Absyah pada program itu.

Hampir 60 peratus bakau boleh didapati di negeri Sabah dan Semporna merupakan salah satu kawasan yang mempunyai kawasan hutan simpan bakau.

Pengarah Perhutanan Semporna Norahmad Jumain berkata bakau memainkan peranan yang sangat penting sebagai kawasan nurseri, habitat dan tempat sumber makanan kepada ekosistem sekeliling­nya termasuk manusia.

Selain daripada menjadi benteng penahan pesisir, bakau juga membantu dalam menjaga kualiti air dengan menapis bahan buangan dari kawasan daratan.

“Bagaimanap­un, bakau di Daerah Semporna ini juga mengalami ancaman daripada pelbagai aspek yang turut menyukarka­n pihak penguatkua­saan.

“Hampir keseluruha­n kawasan bakau di daerah ini adalah dilindungi dan pihak kita pada masa yang sama, masih meneruskan pencarian untuk kawasan hutan bakau baharu yang boleh diwartakan lagi,” katanya.

Antara ancaman yang sedang dihadapi oleh kawasan hutan bakau di daerah ini katanya, termasukla­h aktiviti pembalakan haram, perumahan pesisir bakau, pembuangan sampah sarap dan tidak dinafikan pembukaan kawasan bakau untuk pembanguna­n.

Menurutnya Daerah Semporna sangat beruntung kerana turut mempunyai kawasan hutan bakau yang menjadikan lautan di situ semakin unik dan cantik.

“Malah bakau juga menjadi sumber perusahaan yang semakin membangun dalam sektor pelanconga­n. Oleh itu, bakau juga perlu diberikan perhatian kerana kepentinga­nnya dalam alam sekitar dan ekonomi tempatan,” tambahnya.

“Dalam mendepani cabaran perubahan iklim, bakau juga perlu penekanan pemulihara­an yang kukuh sebagai langkah mitigasi kita,” kata Pembantu Ketua Projek #Mangrove4U Herminatal­ia Tabar, ketika ceramahnya kepada para peserta.

Beliau menjelaska­n bakau juga dikenali sebagai ‘blue carbon storage’ kerana kelebihann­ya dalam menyerap karbon yang kita lepaskan setiap hari. “Bakau dan ekosistemn­ya telah memberikan banyak servis percuma kepada kita dan itulah sebabnya kita perlu melindungi­nya.”

Kem #Mangrove4U merupakan program yang dianjurkan bersama oleh Green Semporna atau Kelab Pencinta Alam Semporna.

Ia ditaja oleh 1Malaysia For Youth dan Young Southeast Asian Leaders Initiative bersempena sambutan YOUnified yang diadakan di seluruh

ne- gara ASEAN dengan lebih 100 aktiviti dijalankan manakala 16 daripadany­a di Malaysia.

Program itu turut dianjurkan dengan kerjasama dan sokongan daripada Pejabat Perhutanan Daerah Semporna, JKKK Pulau Bait, WWF-Malaysia Semporna Marine Program dan Project RAW: Protect Mangroves, Protect Us.

Ab Wahab Absen dalam ucapannya berkata ramai penduduk di pulau berkenaan tidak sedar bahawa bakau dilindungi di bawah Enakmen Perhutanan dan sebarang aktiviti menebang atau mengambil bakau perlulah

mem- punyai permit.

“Jadi saya agak bersyukur kerana program julung kali seperti ini telah memberikan informasi yang sangat penting untuk komuniti di sini.

“Diharapkan dengan pendidikan kesedaran seperti ini, lebih ramai belia sedar tentang tugas dan peranan mereka sebagai generasi kini dalam melindungi alam sekitar khususnya di Daerah Semporna,” katanya.

Beliau berkata program itu dirangka dengan pengisian untuk memperkuku­h kepimpinan muda dan pengetahua­n alam sekitar.

“Sebagai pemimpin belia, kami menyahut cabaran untuk memberikan banyak peluang latihan kepimpinan kepada generasi kini untuk bersama-sama berjuang melindungi alam sekitar. Contohnya, pemulihara­an bakau ini, kerana kalau kita melindungi bakau, ia juga akan melindungi kita,” kata Fazlan Thomas selaku penyelaras program.

 ??  ??
 ??  ?? AKTIVITI latihan kepimpinan dalam kumpulan. FAZLAN dan Absyah. HERMINATAL­IA bersama barisan peserta perempuan.
AKTIVITI latihan kepimpinan dalam kumpulan. FAZLAN dan Absyah. HERMINATAL­IA bersama barisan peserta perempuan.
 ??  ?? ANAK pokok bakau yang baru tumbuh. KAWASAN bakau yang ditebang dan penuh sampah di salah satu kawasan Pulau Bait.
ANAK pokok bakau yang baru tumbuh. KAWASAN bakau yang ditebang dan penuh sampah di salah satu kawasan Pulau Bait.
 ??  ?? NURAHMAD
NURAHMAD
 ??  ?? KETIKA jelajah bakau, para peserta melihat lebih dekat kesan aktiviti manusia terhadap bakau.
KETIKA jelajah bakau, para peserta melihat lebih dekat kesan aktiviti manusia terhadap bakau.
 ??  ?? PASUKAN penganjur diketuai oleh Adzmin Fatta pengasas Green Semporna.
PASUKAN penganjur diketuai oleh Adzmin Fatta pengasas Green Semporna.
 ??  ?? PARA peserta bersama JKKK Pulau Bait dan pegawai Perhutanan Semporna.
PARA peserta bersama JKKK Pulau Bait dan pegawai Perhutanan Semporna.
 ??  ?? PESERTA menunjukka­n sampah yang berada di kawasan bakau.
PESERTA menunjukka­n sampah yang berada di kawasan bakau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia