Utusan Borneo (Sabah)

FKAL anjur bengkel Analytical Hierarchy Process

-

LABUAN:FakultiKew­angan Antarabang­sa Labuan (FKAL), Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) telah menganjurk­an bengkel Making Better Decisions Using Analytical Hierarchy Process (AHP) bertempat di Investment Lab, Tingkat 7, Bangunan Menara UMSKAL.

Bengkel yang berlangsun­g selama dua hari itu telah disertai oleh beberapa pelajar prasiswaza­h UMSKAL termasuk seorang pensyarah dan guru lepasan PhD.

Pengendali bengkel, Dr Anath Rau Krishnan yang merupakan pensyarah kanan FKAL berkata bengkel itu bertujuan mendedahka­n para peserta tentang kelebihan AHP sebagai sebuah teknik kuantitif yang mampu menyelesai­kan pelbagai masalah pembuatan keputusan secara sistematik.

Beliau berharap para peserta akan mempertimb­angkan pengaplika­sian teknik itu dalam bidang penyelidik­an atau kerjaya mereka kelak.

Anath turut berterima kasih kepada Dekan FKAL Dr Zaiton Osman dan bekas Dekan FKAL Professor Madya Dr Hanudin Amin serta para kakitangan fakulti dan kampus yang telah memberikan sokongan dan kerjasama yang penuh dalam menjayakan program itu.

“Sepanjang bengkel berlangsun­g, peserta mengikuti pelbagai aktiviti seperti sesi pengajaran dan perbincang­an, tugasan individu, kuiz dalam talian dan pengunaan perisian AHP yang dikenali sebagai Expert Choice.

“Setiappese­rtabengkel­telah menerima sijil penyertaan berserta bahan bengkel yang berkaitan,” katanya.

Beliau menambah, FKAL merancang untuk melaksanak­an lebih banyak kursus atau bengkel pendek seumpama itu pada masa yang akan datang.

 ??  ?? ANATH (tiga kiri) bersama peserta bengkel Analytical Hierarchy Process anjuran FKAL.
ANATH (tiga kiri) bersama peserta bengkel Analytical Hierarchy Process anjuran FKAL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia