Utusan Borneo (Sabah)

Tuduhan pembalakan haram di kawasan tadahan tidak benar

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Dakwaanten­tangpembal­akan haram yang dilakukan di kawasan tadahan hujan adalah penyebab utama berlakunya banjir lumpur di Sungai Pampang Keningau adalah tidak benar sama sekali.

Ketua Konservasi Hutan Datuk Sam Mannan berkata dakwaan yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggun­gjawab melalui media sosial adalah tidak benar sama sekali dan bukan berasaskan kepada fakta sebenar.

"Sumber Sungai Pampang adalah berasal dari Taman Banjaran Crocker iaitu kawasan hutan simpan yang luas dan belum dicemari oleh sebarang aktiviti pembalakan.

“Pengaliran air Sungai Pampang juga banyak membantu kepada aktiviti pertanian di kawasan yang dilalui termasukla­h kebun getah dan sawah padi selain mengalir ke kawasan perkampung­an dan Pekan Keningau,” katanya.

Menurutnya pada musim kemarau sungai berkenaan mengalir seperti biasa dengan pengaliran air sungai yang perlahan sehingga menarik minat pelbagai pihak untuk memperoleh­i sumber sungai termasuk membina perumahan berdekatan laluan sungai.

“Apa yang menyedihka­n adalah kewujudan penempatan setinggan yang tinggi di kawasan berdekatan sungai berikutan kawasannya yang sesuai untuk kawasan perumahan selain aktiviti pertanian lain.

“Penduduk yang membina kawasan setinggan pernah diberikan arahan pengosonga­n rumah selain beberapa kawasan penempatan turut dirobohkan tidak lama selepas berlakunya Ribut Greg di Keningau pada Disember 1996,” katanya.

Sam berkata arahan berkenaan bagaimanap­un tidak diendahkan dan kawasan setinggan semakin luas sehinggala­h berlakunya bencana alam baru-baru ini yang menghanyut­kan 10 rumah.

“Banjaran Crocker adalah sumber air paling penting untuk kawasan pantai barat dan kawasan sekitarnya, bagaimanap­un keadaan hujan lebat menyebabka­n kapasiti air di kawasan ini bertambah daripada kebiasaan.

“Pengaliran air turut bertambah dan penyebaran air yang tidak dikawal menyebabka­n kejadian banjir lumpur yang besar sepertiman­a yang berlaku pada 1996.

“Aliran air permukaan adalah fenomena semulajadi dan Jabatan Perhutanan menafikan kejadian barubaru ini adalah disebabkan aktiviti pembalakan yang dilakukan di kawasan Banjaran Crocker dan kita menegaskan tiada aktiviti pembalakan dijalankan di kawasan ini,” katanya. -

 ??  ?? SAM
SAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia